Pages

Sunday, December 18, 2011

Barcelona bantai geng NEYMAR...

  Neymar,..mana Neymar...Hanya mampu meludah di atas padang..Bagi yang tak dapat menonton.Aku sebagai peminat sukan yang 22 Orang berebutkan Sebiji bola.Dan bola tu mestilah melepasi Line di kawasan tiang gol lawan.Kemenangan itu hampir menjadi nyata..HAMPIR...

                                    *Selamat ketawa*







Saturday, December 10, 2011

Astro:Penantian

  Bosan kembali menghantui hidup aku pada setiap hujung minggu.Itu pun selepas aku betukar kediaman.Tidak menetap bersama kawan bujang lagi.Kedai perabot semua aku ushar.Termasuk sekali kedai jual CD.Bukan lagi cari cerita antara lelaki dan perempuan.

  Penjelajahan mencari perabot diteruskan,dah dapat harga yang ok,terus deal.angkat.

 "Ini malam wa hantar rumah you bos,"kata apek kedai perabot tu.

 Perabot sudah di atur.Barang elektrik lak.Niat nak cari satu benda jer,TV flat skrin yang inci berskala besar sikit aku cari.Sekali taukeh tu santau aku sampai aku terbeli dengan siap Peti ais 2pintu sekali.Ok.Muka pasrah,bayar.

  "Bos,esok malam i hantar semua barang rumah u.U ada rumah malam besok."Tauke yang menyantau aku tu berkata sambil melemparkan senyuman kelat.

   Barang dah terima,aku dah atur secantik pandangan aku sebab aku buka Eric deko,Surprrriissseee,tue.
Aku capai BB aku,aku cari nombor Astro.Aku jumpa terus aku dail.

                               *Bukan Astro ni*

  "Hello,You ada pasang dan service Astro kan?"Aku bagi soalan subjektif.

  "Ya,ada.You nak pasang baru kan?"Gadis dalam telefon tu membalas.

  "Of course la baru,kalau ada yang lama,I dah pasang sendiri,I kan Mc Guyver."ketawa kecil.

  "I aplly harini,bila i boleh dapat?.Mean,you punya orang pasanglah?".Sambung aku lagi.

  Gadis di talian tu senyap,...

5 saat kemudian.Sambil berbual ngan kroninya.Berbincang mungkin.

  "2 minggu lagi."Dia jawab.

         Boring.PUNKJUNKMAN.

November Boy 2

   Aku dah bangun pagi,aku nak buat susulan pasal post yang lepas.Selang dan jarak beberapa hari.Sambutan hari lahir aku disambut meriah,ramai kawan-kawan,sedara mara datang.Musuh Chin Peng pun datang.Itu rekaan  je.

26/11/2011:-
 
  Inilah hari lahir aku,aku dapat macam-macam hadiah.Hadiah pinggan mangkuk.Macam-macam lagilah.Termasuk hadiah seorang gadis buat peneman sepanjang aku hidup.Aku sambut dengan memakai keris di pinggang.Cewah,sangat meriah benar.


-MALAMNYA-

   Aku sudah selesaikan banyak perkara,tapi satu perkara yang belum,makan.Rupanya selepas aku makan kek siang tadi sampai aku buat kerja sampai ke malam,aku tak buat sebarang kunyahan untuk isi perut aku nie.Aku ajak gadis aku disertai adik-adiknya untuk pergi makan luar bersama.Aku order nasi putih 4 pinggan,Sup daging 2.Telur dadar 2.Nasi goreng kampung 1.Air aku tengok semua ambil yang murah punya yang boleh didapati dirumah sendiri.Selesai sudah makan.Perut pun sudah kenyang.

  "Bang,kira bang."kata aku sambil melambai-lambai angin kat abang muka Raul Lemos tu.

"ermm,tu teh 'o' ais ya,ok.semua sekali 27 ringgit 80 sen..."Muka selamba je.

 Aku rasa betullah kedai yang aku makan tu ada letak santau,pelaris.Aku cam je kedai tu betul-betul supaya seorang keturunan aku pun jangan makan kat situ.Celaka,mahal.Cekik darah.


27/11/2011:-

  Pada hari ni aku bangun agak lewat sikit,agak matahari ke arah untuk tergelincir.Pagi-pagi aku sudah digegar oleh mak aku,dia nak keluar,tapi tayar keretanya bocor.Jadi dia sapulah kenderaan aku.Dia minta aku setel kan lah tu.Ok,terima.Aku pergi kedai,buat semua.Selesai.Aku hayun sana sini jap kereta mak aku tu.

29/11/2011:-

Selepasa agak bosan lepak rumah mak aku.Aku pulang ke rumah aku sendiri.Parking je kereta aku,aku bawa barang-barang aku pergi ke arah motorsikal aku parking.Ada sikitlah maki hamun di huraikan bagai halilintar dalam Immortal.Apa punya keturunanlah bateri motor aku pun nak curi.Bukan main cantik lagi kau buka ya tempat penyimpan bateri tu.Potong wayar lepas tu simpan kemas-kemas kat tepi.HARAM.

  Oh,November yang agak sedikit malang dari bulan yang lain.Aku harap ada hikmah yang tersendiri.AMIN...................PUNKJUNKMAN.

November Boy 1

Macam-macam tragedi berlaku pada aku pada bulan November tahun nie.Sedih,duka,lara.Gembira,gelak,tawa.
Aku jadi semakin kurang berkarya dan buat tendang ke tepi je Blog aku nie.Aku tak tahu macam mana nak mulakannya.

1/11/2011:-
   Perginya kakak ku berjumpa dengan Pencipta yang Maha Besar.Aku lihat wajahnya,aku langsung tak boleh nak menggalirkan air mata.Aku tak tahu kenapa,mungkin sebab aku masih tak percaya yang dia dah tak da.Atau mungkin jiwa aku memang kelat.Selamat jalan kakak ku.Aku mendoakan kau sentiasa.Al-fatihah.
                                         *Hiasan*
10/11/2011:-
   Tengah elok aku pusing sana,pusing sini menunggang motor,niat hati nak beli-belah sikit sebab sebelum tu aku baru balik dari rumah kakak aku yang seorang lagi.Tayar pulak menggurangkan anginnya.Sampailah terus kurang dan kurang.Ok.bocorlah tu.Aku paksa gak motor tu sampai ke kedai motor yang paling dekat,adalah dalam lebih kurang 5KM.Steady.5KM adalah jauh ketika tayar bocor.Dalam bakul motor ada satu benda yang patut aku hantar ke rumah,tapi sebab tayar dah bocor.Celah mana nak hantar.Ok,aku bagitahu.Beras 10KG jer.

Aku post dulu,sambungan akan menyusul kemudian.PUNKJUNKMAN..

Saturday, November 19, 2011

Mata sendiri yang silap



Lihat,Tonton dan hargai apa pengajaran yang ada pada tulisan ini.Daripada search video porno.

Hasil:Youtube sajer.



Sunday, October 23, 2011

Man United:Gagal


Aku mula serius,mula hisap cigar laju-laju,mula tidur tak tentu nyenyaknya bila Team yang aku minati di malukan.Arrgghh! 6-1.
   Ok,dah kalah,kan,nak buat macam mana.Buka jersi yang tertulis AON baling dalam baldi,rendam seminggu.Tapi tengok apa yang kelab pak arab tu buat baru boleh menang macam tu.Sejarah.Fakta:-

1) Berbelanja sehingga $$ 1 billion Pound untuk bawak muka baru dan jentera yang Faktab macam tu.

2) Perlawanan terakhir City menang besar kat Old Trafford pada tahun 1955. 0-5.

3) United  1-6 City yang terakhir adalah pada tahun 1926.(lama kan).

4) Manchester United menang sebanyak 67 kali dalam 161 pertemuan mereka.City hanya menang 40 kali.

5) Punca kekalahan teruk dalam pertembungan ni ditemui dan dikesan adalah disebabkan Johny Evans di tendang keluar oleh pengadil sebab Straight Red Card.2minit selepas perlawanan bersambung atau bahasa kampungnya,47' on Second Half Start,Evans have been sent off.Faktab.

  Rasanya sudah cukup lah nie,tulis banyak-banyak nanti mata makin terserlah berkacanya.

PUNKJUNKMAN...

Saturday, October 22, 2011

Juara untuk Si Malang



 Bila masing-masing mementingkan diri sendiri dan harta.Nyawa lain tidak di endahkan.Tapi ianya lawak.Berani cubalah tengok tanpa sedikit senyum sinis pun,aku boleh karate tulang belakang kau.






Friday, October 21, 2011

Kasut Penguin dan Alfio Raldo

Setelah berjaya mengumpul duit belanja sekolah campur dengan duit raya lagi,aku nekad  ke pekan untuk angkat satu beg silang tepi dengan kasut Penguin.

   Hari Sabtu,hari bebas untuk aku.Aku siap-siap bagai macam nak ke majlis kerja kawin.Kasut Alfio Raldo abang aku di rembat untuk di gayakan dengan stail baju T-shirt berkolar aku yang depan dimasukkan belakang di keluarkan dari seluar.Rambut berminyak di sikat tepi memang adalah gaya yang paling sesuai masa tu.Waktu di mana lagu Sejarah Mungkin Berulang hari-hari main kat radio bas sekolah.

  Hujan mulai reda,perjalanan ke bus stop sangat memenatkan,tak jauh cuma 3 Km..3 Km????
 Bus stop hanya ada di sebelah jalan besar.Rumah aku lak kat tengah-tengah kampung.

  Si budak Wan Boncit dah mencengihkan muka kat tiang bus stop.Celaka,dia dah sampai sebab bapak dia hantar naik motor.Becak atau bahasa bandarnya di sebut lopak air di lompat sehabis gaya.Melepaskan lelah sambil curi-curi hisap rokok di sebalik tiang,orang kampung lalu goyang-goyangkan tangan untuk mengaburi mata dorang dari nampak asap rokok.Padahal mulut menghembus asap.kantoi di situ.

 Bas SPT lambat lagi,badan dah melengas.Wan dah ready sebatang  marker pen nak tulis 'I Love U Timah' kat belakang kerusi bas.Rokok dah lama setel,Bas Wak Muslim tak sampai lagi.Sambil menunggu bagai orang sasau,batu-batu kat tepi jalan aku buat hilangkan boring baling kat dalam becak yang aku elak tadi.

  Pluupp,pluppp,pluuuppp..

 Dari jauh aku nampak bas yang perlahan macam kura-kura tu menuju ke tempat aku menunggu,aku berdiri belakang becak siap sedia nak naik bas.Duit syiling di genggam kemas.Rambut di kemas-kemaskan.Dada di tegapkan kot-kot ada awek kampung sebelah kat dalam bas tu.

*      *     *      *

 Bas dah lama gerak,aku masih duduk di kerusi Bus stop sambil menggelap air mata.Kibas-kibas baju.Kasut di cabut,stoking di perah ke dua-dua belah.Kotak mancis kayu dibuang kat tepi.

      PUNKJUNKMAN
....

Friday, October 14, 2011

My Chemical Romance - Let's karaoke




Lama aku tak layan lagu ni.Aku jadikan ia nya sebagai lagu yang aku minati.Fahami maksudnya.
Memanglah lagu melayu banyak,tapi aku dah suka lagu ni.Sebab aku bukan peminat K-Pop yang takat tahun 2011 je yang tahan.

Hebat,Imaginasi tinggi.Thumbs Up!




Wednesday, October 12, 2011

Ceritera di sebalik Lorong.Bawah jambatan.Tepi tembok.

Insan Pilihan:"Kau duduk mana?"kata mamat ni kepada manusia yang duduk di sebelahnya.

Insan kecundang:"Aku duduk sini lah,sama lah ngan kau,baru je lagi,2 hari lepas".Jawab sambil muka ketat ibarat seluar skinny Amy Search.

Insan Pilihan: "Kau dah makan lum?".Mamat rambut agak ada persamaan dengan DJ Uno Pop Shuvit.Redlop.Tapi serabut sangatlah.Mop lantai adalah contoh terbaiklah sebenarnya.


Insan kecundang:"Belum lagi,kenapa?".Dah longgar sikit mukanya.Senyum sinis sambil memandang perutnya.

Insan Pilihan:"Nah,aku ada makanan lebih nie,ambik la.Makanlah jangan malu-malu.Kalau malu jangan makan-makan".Muka ikhlas di berikan.

Insan kecundang:"Uikks,terima kasih bro.Gua memang tengah lapar nie".Sambut bekas makanan yang diberikan sambil tersenyum nampak gigi susu berkarat.*Dalam hati*'mak oii,KFC dia belanja aku'.

#    #     #     #      #
Beberapa minit selepas makan dengan gelojoh.Insan kecundang menggelap mulutnya dengan lengan baju.

Insan Pilihan:"Sedap tak?aku biasa memang makan tu jer,sebab budak-budak yang keje situ selalu buang kat sebelah tong hitam tu".Jari telunjuknya di tuju ke tong sampah belakang KFC.

Insan kecundang:*muka berubah hijau*
       
        PUNKJUNKMAN...................

Thursday, October 6, 2011

Peter Schmeichel:kau gila??

 Jiwa menunjalkan badan aku untuk mendapat kepastian.Aku menjengah di celah daun tingkap rumah aku,"Aikk,dah berhenti?!Cantik nie".Baru lepas habis berbual di telipon kejap.

Niat hati nak bersiap bagai nak pergi ke kenduri majlis kahwin.Tapi terkandas,minyak rambut Tancho dah kering.Jadi,tanggal semuanya,sarung pakaian yang agak lusuh(sengaja dilusuhkan).

                        "Durrpp,Durrrpp,Durrrp"
    Enjin kapcai di panaskan.Panaskan untuk apa?Bukan nak goreng telur pun..

                                     # hiasan

Sampai di lokasi,Wan Boncit tersengih menunjukkan gigi siongnya.Seriau gak aku.Dahlah tadi baru je hujan renyai,teringat lak aku citer 'Pontianak Gua Musang'.Arghh,buanglah ingatan tu.Tak pun simpan dalam poket.

"Weyyy,mau gi mana nie kau call macam nak tercabut gangang tipon rumah aku?Lama ke kau mengidam makan terompah edisi Jepun?Kalau mengidam aku boleh bagi,nak ke??Adik aku tu dah tak bertegur ngan aku sebab aku suapkan dia ngan terompah tu bulan lepas".Aku menggangkat-ngangkat dagu.

"Ala,sori la der,aku telepon pun bukan apa,nak ajak kau main bola,karang tak ajak kau mencarut kat aku tiap-tiap hari.Aku tipon sebab ni lah".Wan boncit memujuk aku macam Awie pujuk Erra Fazira dalam Sembilu...Tapi cara laki lah,bukan pegang-pegang dagu ler..
     
  *Perbualan diteruskan.Tapi,tidak di masukkan dalam ni sebab banyak perkataan tidak bermoral memuncak-muncak keluar dari mulut*


"Kau tunggu sini,aku balik rumah tukar baju seluar,OK?.Kenapalah tak cakap masa kau tipon tadi,susah payah aku rembat levi's abang aku,doh"..Aku start motor dan berlalu ibarat angin kipas yang di-Full-kan kelajuannya.

      Sampai aku kat rumah.Tongkat dua motor honda kapcai.Basuh kaki masuk rumah.Mak aku pantang masuk rumah tak basuh kaki.

Cari  remote control  TV,On-kan,aku layan citer kartun jepun,Dash Yankuro.

 "Wan,kau silap orang lah,aku bukan orang yang kau cari untuk pengganti penjaga gawang team kau"
   
                       # Antara yang di sebut dalam perbualan tersebut.

Friday, September 30, 2011

Makin Serabut




Aku mendapat restu dari majikan yang aku bercuti pada hari semalam,Friday.Hari yang agak sibuk sama dengan hari Senin.Aku mahu men'yetel'kan beberapa perkara penting,walaupun hanya satu pekara jer.

Habis sudah waktu sembahyang Jumaat,aku masuk ke rumah menukar menjadi kepada orang yang galak pergi bersukan macam kat Tasik Titiwangsa.Aku sarung treksuit dengan baju Adidas yang aku beli kat Uptown.Murah tapi selesa di pakai ke mana sajer.Adalah sebab aku menyarung pakaian tu kat badan sekeping aku.

Aku tekan alarm 'Tenggiling' aku dengan agak bergaya,.'tut,tut'..Lock pintu pun terbuka secara auto.Dah masuk,aku start kereta aku menuju ke tempat yang nak di tuju.Bukan menuju ke Alam barzakh.Gila kau.....

Sampai sudah tempat dituju,BANK.Bank pilihan rakyat.Keluarkan duit melalui counter.ATM mana cukup nak keluarkan duit yang aku nak.Pas dapat tiket je,Pak guard pun mengeluarkan kata puitisnya.
     
    'Ada 15 orang ya kat depan encik'..katanya sambil menyengih.

Aku buat steady je,dalam hati berkata,'tak pa la,alang-alang dah sampai'.

#       #     #        #        #

Aku parking kereta aku elok-elok,tak elok memang berlekuk la pintu kena langgar dengan kereta orang lain.Beg disandang penuh cermat,ada duit tu.Aku ada di Bank lain.Bank Harimau Malaya.Nak 'ngantor' duit kat seseorang.Selagi tak transfer selagi tu la serabut minda aku.

Aku isi form untuk masuk duit,aku tulis dengan penuh berhati-hati walaupun tak da peluh meleleh.hey,ada ecOn la.Siap sudah 'menatang' tu di isi,aku menuju ke kaunter tiket.Aku tengok jam.1545pm.Sebelum masuk lagi,aku dah tanya guard,working hour.Dia cakap pukul 1600pm..

  Masa kat kaunter ada officer nie,Cun dowh,walaupun badan cutting straight.Aku mendadakan badan sambil berkata-kata like William Shakespears.

   'I nak masukkan duit ni,nak tiket,ada lagi tak?'.Senyum sikit.

  'Ada,nah.'Dia berbalas senyuman dengan aku lah.

   'Terima kasih'.Ucapan terus keluar dari mulut aku.Aku baru nak melangkah,awek tu boleh lak panggil,...

  'Encik,ada lagi 56 orang kat depan encik ya,saya nak bagitau jer'..Tersenyum....

                     CANCEL.......PUNKJUNKMAN........


Thursday, September 29, 2011

Aku berkongsi..



AMARAN KERAS:-




Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..

Saturday, September 24, 2011

Perbezaan:anda tentukan siapa anda..

Kisah yang membuatkan aku nak letak dalam 'Belok' aku.Si Bodoh dan Si Cerdik..Perkara nyata.


Kenderaan
Si Bodoh:Ada kenderaan,contohnya motor.tapi pergi ke tempat kerja menggunakan khidmat Limo Rakyat Termiskin(LRT)..Ini adalah sebab kes nak bergesel-gesel.Agak kurang elok.18sx.


Si Cerdik:Satu kenderaan pun tak ada,naik LRT pun tak.tapi sebab Cerdik,ada otak.Telefon kawan minta tumpang.Bila time nak isi minyak buat-buat sakit perut masuk toilet.Suck!


Credit Card
Si Bodoh:Mesti mahu menggunakan kredit kad sampai melecet,maksimum sampai 1sen pun tak tinggal.Cukup bulan,time masa untuk pembayaran bulanan.Menyinga,meradang,meracau,tak mampu nak bayar.*kes berlagak banyak duit,ataupun bahasa kesatnya bodoh sombong*


Si Cerdik:Gunakan gak kredit kad,sampai maksimum gak.tapi sebab cendiakawannya,bayaran bulanan tak payah bayar.*kad klon la tu*.cerdik,cerdik..


Ok,cukup sampai kat sini,ada masa aku sambung lagi.PUNKJUNKMAN.






Wednesday, September 21, 2011

Ada buku tak da skill

Menghela nafas yang panjang selepas pulang dari kerja.Aku teringat kat kawan lama aku ni.


On kan Lappy....Tap,tap,tap...kata laluan sudah di masukkan..1st bukak Google,tuju ke 'Belok' aku sendiri..


Masih tengiang lagi kat medula oblongata aku pasal member aku.sekadar kawan ler.


'Ala,buat benda tu senang la,bukan susah pun.Aku dah beli dah buku panduan.kita buatlah ikut buku tu.Konfim berkesan dan sukses!'.Ujarnya macam PM masa ucapan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.


'Cakap pakai ekkk,(bukak mulut sambil menjelirkan lidah)senanglah der.sekarang aku nak kau bawak buku tu,kita pergi buat sama-sama,amacam?..Kata-ku sambil menggangkat kening tinggi-tinggi..


Suasana berubah menjadi senyap sunyi seketika ibarat BB di silent.Bunyi kucing mengiauw 50 meter jelas kedengaran.


Aku pandang muka dia sambil menghirup air nes 'o' panas. 'Eh,amacam?tak bran ker mat?tutup mulut.Hanya ingin memecahkan rekod bunyi kucing tersebut.


Tak baper saat tu dia bersuara,.'boleh,tapi tu lah,aku lupa lah mana aku letak buku tu,nanti aku balik aku cari'.Katanya sambil mengalihkan pandangan dari terus pandang kat aku.Mungkin dia terasa aura super saiya aku.Istilah lain,*kantoi*..


Aku tersenyum.Dalam hati berkata.'Jangan cakap je pandai,buat tengok'..


Buat pakai tangan dan akal baru jadi,Buku sebagai rujukan.Sedarlah teman.PUNKJUNKMAN.




Saturday, September 17, 2011

Muka Buku...

Tengah aku melayan cerita Korea yang agak mengarut kat Tibi ni.Aku cucuhkan sebatang rokok aku.Bingkas bangun masuk ke dalam bilik aku angkat BB aku yang ada kat kepala katil.On kan laptop aku.Rokok di petik untuk membuang habuknya...Ok,sudah Log in,layanlah Muka Buku baca status friends yang hanya 30% je kawan yang aku kenal.Tanda Thumb up sudah muncul tanda aku sudah 'Like' status dorang.

Masa pikiran sudah di awang-awangan,aku teringat kat kawan sekerja aku,atau bahasa baik budi pekertinya ialah ofismate,.Tak ada apa pun yang best kat dia ni.Aku bawak citer ni pun bukan sebab apa.bukan mengumpat atau mengata.Apa yang aku nak,aku nak letak citer dia dalam Belog aku yang di miliki oleh aku sendiri.Bukan Mark Zuckerberg.

SATU
"eh,kau jangan mengata dia ya,aku report kat dia"..katanya

"apahal kau tak nak report kat polis jer??"...aku balas dengan agak pedas.

Dia terdiam.sambil angguk-angguk dan jeling tak berapa nak tajam kat aku.....

DUA
"Kau ni,berapa kali aku cakap,jangan kacau dia" dia tiba-tiba sound aku

"Lah,yang kau ni kenapa?aku kacau dia,bukan kacau kau pun"..aku duduk atas kerusi dengan ganas...

"Sebab kami berdua ni BFF tahu tak.Kau kacau dia,aku tak suka tahu.."dia menggangkat dagu tinggi..

Aku terus bangun,tolak kerusi masuk bawah meja,sambil berkata"Pengaruh Muka Buku"....

Fuuhhhhhhhhh......Punkjunkman.....




Wednesday, August 24, 2011

Ingat.Jangan lupa..

Kraapp,Kreuuukk,Krraakk...Syok rupanya meregangkan badan ni.Walaupun mata berat,tapi aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.Meneguk air kegemaran aku,nescafe 'o' panas sambil melayan buletin utama..
  Waktu nilah  waktu untuk aku melepaskan beban stress kat kepala otak aku ni.Tahan mata daripada tidur terlalu awal,aku hirup air kegemaran aku yang biasa aku tulis dalam biodata darjah 6 dulu,sebab tengah hangat-hangat.Mata kembali segar.Berita mengarut pun sudah tamat..


   Arrrrggh,tak boleh jadi ni,bakar Cigar sebatang,..Jiwa mula resah,bulu roma di pergelangan tangan mula meremang.Badan macam tak boleh bawak  jadi macam Spiderman yang tengah hilang power-nya.


  Bangun dari set sofa aku secara tergesa-gesa.Tanpa menghiraukan apa cerita yang tertayang di kaca Tivi.Sehelai kain di capai..Sebatang Cigar lagi aku cucuhkan.Aku sematkan elok-elok di bibir  birat aku.


  Aku tendang pintu agar pintu itu cepat-cepat terbuka,.Aku duduk beberapa meter dari pintu itu.Tanpa menghiraukan ada  member aku balik ke rumah atau ke tidak.


   Pluuupp,pluupp...


  Dah Setel................
         FLUSH jangan lupa...........Punkjunkman...


Tuesday, August 23, 2011

Terlepas Pandang

Fuhh,menghembuskan asap dari bibir yang lebih kurang agak maskulin aku ni walaupun sudah hitam dek menghisap rokok.Aku menyandarkan badan aku yang sekeping atas sofa yang aku beli masa ada promosi kat Wescourt.
  Kleuk,kleuk..BB aku menggigil,aku dapat mesej dari kawan yang agak sinonim dengan aku.Aku baca dan amati tapi aku letak balik atas meja kopi yang kakinya bergoyang-goyang,.Aku melayan cerekarama,huhh,jalan cerita yang sama.Bila susah,apa pun tak boleh.Tapi bila kaya,terlampau-lampau kaya.Tapi aku paksa gak diri aku melayan cerita ni.
  Malam makin tua,aku tak sedar yang aku layan gak cerita drama tu sampai ke penerbitnya pun aku tahu siapa namanya.


Ohhh,sori kawan,aku terlupa yang kau tengah tunggu kat bawah rumah aku ajak aku pergi menyantap mata kat Downtown.Aku call,call,call.Rupanya dia dah ada kat rumah sedang menyantap meggi.


OK,ambil rokok sebatang.fuhhhhh,....Punkjunkman....

Sunday, August 7, 2011

Alex Ferguson VS Roberto Mancini

SMILE FOR YOU DUDE


AF:Macam mana rasa kekalahan??Pahitkan rasa kekalahan itu.....haaa....
RM:Ala,aku memang dah biasa kalahlah orang tua..
AF:Belilah buku aku,belajar macam mana nak menang..lagi satu,aku ada produk baru,Kismis Minda..untuk player kau makan 3kali sehari.Jangan lepaskan peluang ya.Aku tolak harga kawan-kawan.


Berapa banyak piala yang Man United simpan nie,rumah aku ada kabinet kosong nie....Punkjunkman...



Saturday, August 6, 2011

BMW-X6





Idaman Hati aku..Tak tau lah  bila aku boleh memandu sendiri kereta serupa ini..Memang sangat mantap,padu,stylo pun ada gak..Barulah benti depan UiTM berebut student yang rambut ada perang-perang sikit nak tumpang aku..Parking kat Changkat guna joki..

Monday, July 25, 2011

Rokes-korang patut rembat..



Aku memang respek,suspek dan spek mata la dengan dorang ni,otai-otai..Aku menghabiskan waktu rehat hujung minggu aku dengan mentelaah buku yang agak rock nie...apa yang aku dapat katakan dalam buku ni satu jer 'POWER' macam Volverine yang baru masuk besi dalam badan dia..


TERBAEKLAH anda semua,brother Jeff  Bahari,Pipiyapong,dan para penggarap buku yang tidak berunsur lucah ini..


Korang boleh ushar-ushar SINI kalau korang nak rembat buku nie...









Monday, July 18, 2011

Selipar Jamban

Masa yang berlalu begitu pantas,ibarat naik STAR LRT Masjid Jamek menuju ke Sentul.Tapi apakan daya,kita insan yang lemah,mana ada kuasa yang dapat merbehentikan masa ini..Zaman aku main baling selipar sudah tamat,sekarang budak-budak dah start main Angry Bird yang mendorong budak Melayu Islam beli patung babi buat pengganti 'Teddy Bear' untuk mengelap air liur basi yang meleleh.
Aku konpius apa sudah jadi dengan negara-ku nie..mana perginya congkak,batu seremban,teng-teng,galah panjang,dan banyak lagi lah yang aku ingat masa zaman hingus aku lap kat kaki baju.Adakah sekarang menjadi sejarah ketemadunan melayu.Atau senang kata sukan yang tersisih di olimpik.


   Oklah,zaman baling selipar,.Petang yang damai dengan matahari yang lesu mengeluarkan cahayanya memang hari yang paling syok tuk memanjangkan langkah aku ke gelanggang yang dibuat khas bagi tenis.Aku tak tahulah siapa punya ilham untuk buat 'court' tu.Orang kampung nak beli bola ping pong kat kedai Wak Seman pun gaduh laki bini,ni lagilah nak beli raket main tenis.Ada lak kang jadi kes UFO di lihat berlegar-legar di kawasan rukun tetangga aku.


   Aku,Wan mancung,Fizi jonggang,Man dan beberapa lagi orang penting dah datang mencukupkan 'korum' untuk aku serta geng lain melepaskan rindu memerahkan atau membengkakkan badan tak kiralah walaupun kawan,tapi dalam sukan mesti ada team pihak lawan,'Home Away'.


       Game dah nak start,selipar jepun aku yang aku bawak dari jamban rumah aku di pilih sebagai 
   'pembunuh'.Selipar jepun yang keras memang elok digunakan untuk 'pembunuh' geng lawan..


  Roboh sudah selipar yang di bina berbentuk piramid yang bukan skim piramid ya,permainan di kejar selipar jamban pun bermula.Lari sana,Lari sini yang kalau di kira-kira jumlah larian tu lebih kurang sama macam keliling kaabah cukup syaratnya.Lari nak elak selipar dari geng lawan,lagi lari nak bina selipar jadi piramid lak.


       *             *                  *                    *                   *          


  Balik rumah,aku tonggang sebotol air masak dari dalam peti ais.Lepak kat tangga rumah,baju di tanggalkan.Tengok orang lalu lalang depan rumah aku,.
      Mak aku datang dari belakang tanpa bertegur sapa,terus capai telinga aku,piat telinga aku sambil menembak telinga aku menggunakan 'bebel'an tahap ke-3,
"Mak dah cakap,jangan bawak selipar tu main baling selipar,..kan dah putus..ha,meh sini mak nak putuskan telinga budak degil kau nie"

        Peminat selipar jepun mamoth....

Thursday, July 14, 2011

Hidup seorang Stranger

Memang tabiat aku yang tak dapat di elakkan sampai sekarang adalah menggaru kepala walau pun tiada kutu buat signboard kat atas kepala aku..Rokok biasa lah,zaman millenium baru jadikan hobi  sebab pengaruh rakan sebaya dan tak sebaya pun ada.Zaman Tora 'datang lagi' sudah tamat.
   Mukadimah kat atas tak ada kena mengena pun dengan muntahan cerita yang aku nak aku muntahkan ni.
Mencari kerja yang sesuai dengan jiwa kita sendiri memanglah amat susah,lagi susah daripada menunggang motor scrambler jiran aku suatu ketika dulu.Tapi itulah orang tua memakai gigi palsu tanpa memakai pelekap polidient berkata..'nak,bukan senang nak dapat kerja kat kalumpo tu,kalau kau dapat kerja,kerja je elok-elok.dah itu rezeki kau'..bila teringat balik,mata aku terus berkaca.
   Der,orang tua mana tak sayang anak der.Pesanan yang memang tertanam dalam medula oblongata aku.


Sudah dapat kerja,aku pun kerja jelah,sebab aku nekad nak mendirikan rumah banglo siap swimming pool untuk parent aku.Tapi tu lah,dari mula gaji aku di potong EPF sampailah sekarang selipar jepun pun aku tak pernah belikan.Sangat sadis.


Tapi itulah namanya perjalanan seorang perantau.Aku sandarkan badan aku sambil membakar sebatang rokok dan termenung memikirkan masa depan,sampai bilalah aku terusan bergini.Dulu abah aku belikan kismis cerdik tak nak makan,belikan buku tapi setiap helaian kertas buat jet perjuang Amerika.Sekarang kerja ikut cakap orang.hnfff.....


Lumrah orang melayu walaupun aku berdarah jawa,'dah nasib badan'terima dengan redha...Syukur..amin

Thursday, June 23, 2011

FREE EXERCISE

Sebulan menyepi tanpa menaip atau menjelmakan entri baru.Hari-hari aku macam suram bak langit mendung melitupi cahaya matahari.Aku hanya menghabiskan masa aku dengan repair blog aku dan menjengahkan sebelah mata ke blog-blog otai,macam oh!tidak,lelaki sesuxx dan beberapa blog lain.Itu aku ambik sebagai contoh.Kalau korang yang baca ni ada blog lain,lantok korang la,sebab ni blog aku,aku punya suka lah.huhuhu..
    Dalam menjengah ni boleh lak datang ilham yang mencurah-curah macam coklat iklan koko crunch."coklat mencurah-curah ke ladang gandum" tapi itulah,aku simpan ilham yang datang tu dalam memory card aku.Nanti aku curahkan kepada korang yang singgahkan punggung ke blog aku ni.Sebenarnya aku sajer je exercise tangan aku ni,lama tak menaip dalam masa yang sama memuntahkan cerita aku.Aku tak ada cerita apa pun,aku simpan untuk satu hari yang akan datang..Tapi tajuk sudah ada,'Zaman dulu,Zaman sekarang'..Tunggu masa untuk lepaskan.
Penantian satu penyiksaan.


      SALAM,PUNKJUNKMAN...

Thursday, May 26, 2011

Ehhh,Ahsraf ke Aleesha??

Alop,sambil menghirup air teh'o' panas,macam biasa lah,aku baca lah balik paper yang aku beli pagi tadi di kedai mamak maidin sesampainya aku di tempat aku mencari rezeki dan tempat aku membuangkan masa setiap hari..(di rahsiakan)
    Selak je page pertama,dahi menggerut,hidung aku ternaik 20 darjah.Dalam hati berkata'apa punya Hambalah,dimanakah akal pemikirannya?'aku dah tak tahan,lmemang tak tahan.Sangat tak tahan,lantak lah aku dapat dosa ke tak.Terus aku luahkan guna mulutku yang agak maskulin 'BODOH'
Siapalah mak abah orang nie?itu yang aku bualkan ngan paper kat tangan aku..Aku jadi malas nak baca paper hari nie.Potong mood betOllah MAMAT nie.Terus aku malas lak nak sambung BLOG aku nie.hurmmm...Aku tau MAMAT nie memang kaya,kalau tak kaya mana mampu nak bedah 'pipit' dia jadi 'burger' kan...Dari 'leper' jadi 'berbuah'...
            OKlah,aku malaslah nak story bebanyak lagi,aku bukan lah perfect benor..Tapi macam dalam hati dan kepala hotak aku nie memang betul-betul aku benci MAMAT nie..Apalah sampai macam tu sekali ENCIK ASHRAF oiiiiii....GTH to you Men..

            SELAMAT from AKU,PUNKJUNKMAN....


Tuesday, May 24, 2011

"Segmen Blog Review Oleh Jamaluddin.net"

Hai blogger2 sekalian...

Apa korang buat now? Lepas balik keje je,terus dengan sepantas kilat aku on laptop aku...Ha,apelagi yg aku nak buat,hobi terbaru aku la,berblog...Sedang2 aku berblog walking,aku ter'review' la blog Jamaluddin.net...Wah,dia ada anjurkan 1 segmen yg sempoi,pada aku,kalau aku join segmen dia,pasti aku boleh upgrade blog aku jadi lebih baik dari apa yg ada sekarang ni...

Untuk korang yg rasa nak blog korang di'review' oleh Jamal,apa kata korang KLIK sini untuk tengok apa syarat yg korang perlu ikut untuk join segmen ni...LAYAN!!!

Sesi meletakkan banner........


Seingat aku lah kan,dah dekat 5 bulan aku berjinak2 dengan dunia blog ni,tapi total pageview aku tak pernah2 naik mencanak.Teringin jugak nak rasa orang view page kita sampai tak terbilang dek jari,macam blog Jamal ni,tapi ilmu belum cukup di dada,jadi apa salahnya kita mintak tolong orang yg lebih otai dalam dunia blog ni review dan bagi pandangan membina untuk kebaikan blog kita,ye tak?

Apa lagi geng2 blogger semua,korang bila lagi nak post entry untuk segmen Jamal ni,tak rugi kita join segmen macam ni...Untuk kebaikan bersama...

Ok,selamat~

Monday, May 23, 2011

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG........

seorang manusia akan mengalami dan meneruskan Hidupnya dengan peningkatan umur.Tapi itu bagi mereka yang panjang umur la.macam korang yang tengah baca blog aku ni la..Zaman kematangan seorang budak adalah apabila memasuki zaman Rock iaitu alam sekolah menengah.(secondary school)...
             HAHAHA,masa tu la dimana bagi lelaki yang tak sunat(khatan) akan dikutuk dan di ejek sampai ke penghujung cuti sekolah hujung tahun.Zaman mencari geng,cari lawan.cari cinta monyet.cari teman gi surau masa semayang maghrib.
   TAPI,ada seorang budak nie,dia langsung tak kisah pasal nak cari geng.Tapi tu lah,dia tetap ada kawan.Ada poblem,halo-halo jer,kawan datang bagai bomba.Walaupun lambat macam bomba,tapi tu lah tetap gak datang.Mamat nie steady.Datang sekolah dengan baju tanpa nila.Seluar ala zaman rock 'n roll.Kasut biasa la,North star dengan kapur bercapuk.
      TIME budak-budak seusianya 'berperang' antara kaum,dia rileks,tengok,ushar tak mau campur.Dalam ati berkata,'lantok lerrr,buat sakit badan jer'penat lagi satu hal....dengan muka selamba,pergi kantin oder air milo ais.
  





Sekarang alam tu sudah habis,sematkan kat dalam otak sejarah tu.Budak tu sekarang bekerja di sebuah syarikat yang suam-suam kuku,yang tak tahu dapat memberi jaminan untuk jangka masa panjang atau tak.Yang jadi budak nie tak berapa nak syok,budak-budak yang dulunya tu kaki gaduh,dengan balik rumah muka bengkak.tapi sekarang sudah jadi pegawai kerajaan.Ada yang jadi anak negara.Orang kampung panggil,Soldier.

            Nak tahu saper budak yang aku maksudkan???


                                        THAT'S ME

Saturday, May 21, 2011

Ilham untuk blogger....

Di tengah pagi ahad nie,dengan pikiran kosong menonton televisOn citer oang putih mengisahkan bapak menguruskan 12 anak beliau ketika isterinya keluar mempromosikan keluaran bukunya di daerah lain.Apahal la otak aku kosong malam nie,macam laptop kena format lak..
  
   Tiarapkan badan,kaki di goyang2kan,pikir apa nak buat.Sambar kotak cigar aku bakar sebatang.Sebelah tangan lagi membelai rambut yang baru di gunting di kedai entah apa ke namanya.Memikirkan ilham dan me-rewind masa lalu,sejarah silam.Pandang ke BB aku lampu LED berkelip-kelip,arghh,aku abaikan.mungkin mesej dari si dia,atau dari rakan lain.
      Akhirnya aku jumpa ilham yang aku nakkan dari tadi,yes..Tapi apakan daya ku.Angkara pabila tangan dan jari jemari semakin lemah,kudrat badan semakin menghilang.Kaki tidak mampu untuk di gerakkan,hanya menggoyangkan hujung jari sahaje.Mulut tidak mampu mengucapkan sebaris ayat.Dan yang paling terasa ialah mata berat untuk di buka ibarat di gantung batu...TIME TO SLEEP...

Friday, May 20, 2011

Ubat batuk Syrup punya hal...

Sambil menghembuskan asap Cigar dari mulutku,Sebentar tadi baru aku mencuci dan mengemaskan bulu2 di muka ku.Setelah air pencuci muka cap Nivea for men aku bersihkan menggunakan air mutlak,aku lapkan dengan tuala yang tiada jenama tu.aku tengok wajahku yang separuh hensem tu kat cermin yg tersemat di dinding toilet aku.tengok dahi.arghhh,terlintas kisah silam tentang parut smart di dahi aku nie...
    Di sebabkan umur aku masa tu tengah fenomena Power Rangers,dalam pala hotak nie asik power ranger 'kaler' merah jer.aku shortkan la.
Aku dah bengang ngan tayar beskal aku,asik2 bocor,asik2 bocor.tang,tang.aku tendang.Frust tak boleh nak memanjangkan perjalananku tuk bermain gasing pangkah silang dengan member aku.Lepak kat depan rumah je la aku arini,.Ku sambar kayu yang sudah siap di modifikasi menyerupai pedang.Pokok ubi gajah depan umah aku menjadi mangsa kepada kuasa power rangers 'kaler' merah-ku..Arghhh,....bosannya..Dah abis aku hayun-hayun 'pedang' aku tadi sampai terkeluar-keluar getah pokok tue.Baling ke tepi kayu tadi tu,panjat pokok tu lak,cari port nak lepaskan lelah penat lepas beraksi sebagai hero tadi.Nyaman.Lega.Syok.Tapi..haus...
  Aku ushar ke bawah pokok,paaapppp,adik aku membentang kotak dengan sebelah tangan memegang bantal keramat dia.Kalau bau menusuk idung busuknya.Dia baring sambil terbatuk-batuk,demam budak-budak biasa lah.Akak ku keluar dari rumah sambil bawak sebotol ubat batuk syrup dari klinik nak di larutkan kat tekak adik aku.Aku yang kat atas pokok ni dari tadi haus,tengok akak aku tuang kat sudu,fuhhh,aku tak boleh tahan....
  Aku jerit dari atas pokok yang mengatakan aku nak jugak.Aku tahu menatang tu memang ubat,tapi sebab tekak aku ni dah haus,aku bergayut tapi tak testing pun sebab aku nak cepat turun dari atas pokok tue.Praaaappppp,terus ilang sebentar memori aku.Nasib baek tak guna external hard disc,kalau tak memang aku tak ingatlah sampai sekarang kenapa dahi aku berparut smart nie...


Moral of de Story:-
          Sayang menyayangilah kita antara sesama makhluk 
                         TUHAN yang Maha Esa.......

Tuesday, May 10, 2011

SKC=SEKOLAH RENDAH KU....

Halo,sambil isap rokok winston light sebatang,tengok citer senario kat tv3,teringat aku masa zaman tu,senario tengah naik siap jadi geng lawak paling masyur..zaman tu la zaman paling seronok.kanak2 riang,..

   Zaman yang aku sebut tu zaman sekolah rendah aku lah.sekolah rendah adalah zaman keriangan.zaman dimana main nyorok2,zaman Tora tengah laku.hurmm,setakat gula2 Hacks tolak tepi lah.zaman dimana kasut Pallas menjadi rebutan budak2.kalau pakai kasut tu pergi sekolah wajib berkapur putih,kalau tak kena diri kat depan masa perhimpunan pelajar yg di buat tiap  hari isnin..
   Bila time dalam kelas lak,masa ada cikgu Omar misai tebal berbadan blue hypo,semua buat muka seposen paksa untuk tekun belajar.diam.senyap.tak boleh banyak bunyi,kalau tak abis kena shot ngan pemadam papan itam der.

saat yang ditunggu pun tiba,saat bunyi loceng,masa untuk cikgu Omar mengajar telah tamat.lega.ketua kelas pun bersuara.
    ketua kelas:bangun,terima kasih cikgu
    Cikgu Omar:ya,ya.sambil mengangguk kepala dan membetulkan misai berus dia.
kapal terbang versi Top Gun aku dah keep ready bawah meja.aku sambar,terus aku bebaskan ke udara.layan.yang budak pompuan ada yang baca buku,ada gak duduk kumpul bual-bual macam nak bukak butik pengantin masa dah besar nanti..
  masa tu aku sudah tugaskan Hasan gemuk ushar line mana tau Cikgu aliya dah sampai,kantoi lak nanti.Cikgu aliya tu cikgu BI aku.sebab lepas kelas cikgu Omar,cikgu aliya lak.

Diam tak diam,masa untuk balik pun tiba,ni pun masa yang paling best bila kat sekolah..sambil tunggu bas sempat lagi main tembak-tembak guna kulit duku dan sebatang pen yang di modifikasi.dapat attack kat kepala adalah satu kepuasan main benda tu.
  Main punya main,bas Cik Meran pun sampai,masing-masing berebut naik,tapi aku ni tak,aku bukan la jenis rock sangat,sebab aku masa tu jenis rock rambut belah tengah,new boys.masing-masing berebut duduk kerusi belakang.aku dapat duduk tengah tak da masalah.Bas Cik Meran bawa dan hantar budak2 sekolah,aku salah sorang dari semua tu.sampai je rumah mandi,tengok TV tunggu citer Marksman......

  BERAKHIR SUDAH HARI PERSEKOLAHAN AKU,.BILA TERINGAT BANYAK BENDA NAK
 CITER,TAPI SEBAB STOK ROKOK AKU DAH ABIS,AKU NAK PERGI BELI KAT KEDAI..
                                                   SELAMAT....PUNKJUNKMAN...

Friday, April 22, 2011

NAMAKU DI POTRETKAN....

Aku ni kerja kilang,dah kalau kerja kilang ni biasa la,memang la keje nya ada shift hour.seminggu jadi manusia seminggu jadi Batman.ya la kan Batman je yg keje malam.termasuk hero malaya Kluangman,tapi skunk dia dah pencen.tak tahan kot,asyik2 kena 'sev' kan orang jer.tak dapat gaji.komesyen pun tak da.bagi 50sen buat beli cewengam memang tak da la.duk dalam hospital mental Tampoi lagi syok.
   bila keje malam ni biasala,bangun keje dan start keje mata dah rabak,sebab tido untuk keje malam nie kena tidur yang luar biasa dari keje siang.8jam non-stop.tak boleh mimpi basah konpem lutut longgar masa kerja.bila dah tidur lama,bangun tidur mata rabak naik bengkak.dah mcm beruang panda.sori keturunan panda.especially Kung Fu Panda.
   bila start keje,aku buat la keje macam biasa,buat kerja sambil buat muka macho.hurrmm....

aku ni kira otai repair kat situ,aku punya ketua pun tunduk dan melutut supaya aku jadi sifu beliau.tapi aku tolak tanpa mengirakan keuntungan akan datang.setakat budak2 junior tu tengok aku repair body mata tak pejam dengan mulut ternganga akibat balancing tulang rahang dah lari.macam poyo-poyo je aku ni tapi nak buat macam mana lagi der,dah tu kisah benar.realiti macam AF.

  aku steady lagi,sampai aku benti kerja,aku kira legend kat situ..aku blah meninggalkan nama yang harum walaupun seluar aku pernah terkoyak besar masa perhimpunan pekerja yang di buat ntah untuk apa satu hari setiap bulan.


               'ITULAH AKU SEBAGAI TUKANG KETUK BADAN KENDERAAN,
               PANEL BEATER KERETA TOYOTA VIOS..'

Tuesday, April 19, 2011

Kereta ku bukan kereta F1



Tentang kereta yang satu ni,tak kira la duk belakang kereta wira tetap gak di panggil keta F1.ini la antara sebab kenapa kereta ni tak di gunakan oleh rakyat jelata baik yg kaya mau pun yg 'kayap'...kalau kayap tu memang tak mampu ler der...Terutamanya di negara kita nie..MALAYSIA tercinta...

1)tengoklah 'lowerd'nya keta nie,cuba korang bayangkan kereta nie korang gunakan kat bandaraya espicily kat bandor kita la,KL,mahu hancur bersepai bumper depan keta tu...nak tahu sebabnya try bawak moto gunakan spotrim murah,dalam masa sebulan dua dah bole jumpa ada kesan bengkok kat rim tue..itu pasal jalan teruk kat bando2 kita..maaf,bukan kutuk,tapi realiti,..

2)tak bole la nak bawak kapel naik keta nie.atau istilah lain anda membujang la sampai ke tua.kalau yang ada  kekasih hati tu dah lama mintak clash ..kan dah rugi nikmat kat dunia yg indah nie bila tak berCouple..uisshh

3)aku pernah dengar nasihat nie,'kelajuan membunuh'..highway kita nie had kelajuan hanya 110km/j itu masa aku belajar ambik lesen ngan JPJ dulu,rasanya memang tak berubah..tapi keta nie,gear 1 jer meternya dah bole cecah 80,apa lagi kalau tekan gear sampai abis..lu pikir la sendiri ya..ramaila penguin duk tepi higway buat keje speed trap...makin banyak la pulak jawatan kosong untuk tonto...

4)negara kita nie antara negara yang tergolong rakyat obesiti,tak caya cuba google..memang tak laku la keta ni bila jual kat sini..yang mampu tu memang bole beli,tapi yg mampu tu la kebanyakkan lihat pada kemajuan perutnya.mana nak muat masuk dalam keta nie..hehe..

banyak lagi sebenarnya,tapi tu la setelah kajian yg aku perolehi,dan di sebabkan mata aku ni jadi pelik,aku bukak besar tak mau gak,mata aku berat la pulak,ada setan bergayut la...
nanti aku ccita lagi kat u olls k..

sayonara,punkjunkman....


Friday, April 1, 2011

LUMRAH MASYARAKAT





Walaweiiii...malam yang dingin..sambil menghisap rokok winston light sebatang...layan televisyOn..
Terfikir lak aku tentang sifat manusia nie,..terutamanya masyarakat kita la,..

Masa aku kat tempat keja lama aku la kan..keja shift malam adalah satu malapetaka tuk aku la..
dengan mata rabak,biasa la kan keja malam ni masa siang tu memang kena tidur kaw2, 6jam keatas..cukup time bangun,mandi gosok gigi..then keluar bilik air,sambil kaki kanan keluar dulu dari toilet,pesan orang tua aku..lap2 badan guna towel,then pakai la boxer sponge bob.siap2 pakai seluar baju la nak g kerja.member rumah yang keja siang dah pulang dari kerja..aku lak dok bersiap nak mencari rezeki di bumi tuhan.
member aku yg satu bilik ngan aku tu pun masuk bilik dengan bau badan yang agak kurang menyenangkan selera dan tekak aku.sambil tu mulut dia ter pacul la ayat nie..
"Der,nak g mana siap-siap wangi nie der?"
ngan selamba dan hati yang panas mulut ku jawab,"nak g shopping kat pavillion"
dah tau aku siap nak pergi keje lagi tanya aku nak pergi mana.


Kadangkala kita sendiri buat perkara sama,tapi biasanya berlaku ya lah kan masyarakat kita kan peramah..
contoh berlaku kat mak aku sendiri..situasi berlaku di pasar basah kat kampung aku..

biasa lah bila balik kampung aku la dreber tuk mak aku,jalan raya masa tu jem yg amat sebab ada eksiden sehala dengan jalan ke pasar tu,kereta tayar pecah.lenguh kaki ku ini biasa la bawak kereta manual..
sampai gak aku kat pasar,orang tua aku terus meluru masuk pasar tanpa tunggu aku.tapi aku kejar cucuk rapat..dalam ramai-ramai orang,boleh lak mak aku terserempak ngan kawan beliau..namanya mak cik Tim.terus sapa mak aku.
Mak Tim:Yah,nak belanja sayur ikan ker??
Mak Yah(mak aku) dengan muka tersenyum menjawab,:
"isssh,tak da la Tim,ni ha anak aku nie,dia baru balik dari KL,dia tanya aku kat mana nak beli tayar kereta dia,tu yang aku bawak dia gi sini"
Sambil tersenyum malu Mak Tim terus berlalu tanpa sebarang bunyi..
itu lah antara masalah masyarakat kita...
lain-lain nanti aku cerita lagi la,ambil ni sebagai ikhtibar..

salam sayang,hill ken..walaweiii....

Friday, February 18, 2011

AKU+ROKOK=MENYESAL......................



Halooo,aissh,rokok,rokok...rokok...rokok.....
sepanjang  idup pengorbanan paling besar aku adalah beli rokok...mana taknya,dari zaman aku form 1 dah jadi smoker tegar...dua hari sekotak,campur tolak darab bahagi,tak ke banyak duit aku abis kat rokok..tu la pengorbanan..kadang pikir nak gak benti,boleh berenti tapi berenti beli la..hnsffffff...keluar hang up times square rokok,mid valley rokok.Giant pun merokok gak..pergi carrefour pun sama....mesti pas mkn cari tempat rokok...
permulaan aku merokok masa aku lepak kat tepi sungai kat kampung aku dulu,Form 1..atas desakan member2 la aku terjebak nie..biasa la budak baru nak UP masa tue,mestila kena campur2 ngan Sarip si samseng kampung dusun,Farouk gagak itam,Azroy Gila2 remaja,...mandi sungai,memang syok,layannn...
kalau boleh dari pagi sampai petang tak mau naik,tapi memandangkan semua anggota dah kecut kenala naik atau keluar dari sungai tue..
Kisah terjebak nie,masa naik dari sungai  la Farouk tegur aku,
"woi der,nak rokok tak,sejuk sioot,nah ambik sebatang,...tak pe aku belanja."sambil menunjukkan muka ikhlas dan sucinya masa dia nak hulur rokok kat aku...
aku sound lembut jer,tak pe la,aku tak isap rokok sambil dalam hati bebunga2 nak rokok tue.(Farouk ofer rokok tue,gila  ke tak nak ambik,benda free,lekkk dulu)
Dia pun desak aku,nah la,nah la...aku pun sapu tanpa segan silu,sambil mintak mancis kayu kat tangan dia,terus bakar,terus isap....(dengan senyuman bangga dilemparkan kat farouk)
pastu,ooohhoookk,ohoookk,batuk macam nak tercabut anak tekak,.......biasa la baru isap rokok,..semua duk bahan and gelak kat aku....
walau batuk aku abis kan gak rokok tue,hahaha,dalam hati kecil berkata"aku dah besar,dewasa"
dua tiga empat lima hari gak aku dapat rokok free atas simpati kawan2.
Dalam selang minggu berikutnya,Sarip lak bagi Task kat aku,"Der,ko bawak moto aku,ko gi kedai cik samat juling,belikan rokok"
Sarip  ni 'kerek' ckit,aku dengan paksa relanya,pergi  gakla...masa tu pikir kebaikan gak belikan rokok tue,nanti mesti Sarip bagi aku sebatang...hahaha..terus berubah ikhlas hati aku belikan rokok tue...
balik dari kedai cik samat juling yg punyai anak dara mantap tue,cutting saloma,...aku pass la kotak dunhill 7' kat Sarip,Sarip just say trimass der..terus start motor,blah gitu jer tanpa bagi aku upah atau tidak pun rokok sebatang...(lu bikin gua panas la)
tomorow,aku kluar la petang2 ngan dak2 yg disebutkan di atas dan kawan2 yg sama baru nak UP macam aku,pas balik sekolah agama.siar2 pusing kampung,...
dah puas punya pusing,kitorang lepak la port kat tepi jalan,sambil parking motor tongkat dua..
aku gi jumpa Sarip mintak rokok sebatang,dia terus bagi aku,bkn bagi rokok,.tapi bagi ayat..
"der,ko nak isap rokok ko belilah,jgn nak 'paw' orang jer..agak2 la,hari2 rokok nak free!!"
selepas kes tu aku terus nekad dan tanam azam untuk aku beli rokok sendiri..sampai la sekarang..
aku memang tak pandai dan malu bila aku minta kawan aku rokok,nak tak nak aku mesti beli sendiri...duit untuk makan pun abis kat rokok,duit motor abis kat rokok..duit nak beli kasut adidas ori pun dah lari kat rokok...last2 beli kasut adidas kat uptown...
rupanya azam dan nekad yang aku tanam masa zaman aku kecik dulu,SALAH....
Sekarang aku dah jadi seorang smoker tegar,dan tak boleh di stop kan lagi...Kesilapan yang memang silap la....


sekian,kenari......

Saturday, February 12, 2011

MALUNYA SEORANG LELAKI...




1)MENANGIS LA....
-macho hilang
-purata lelaki akan menggelakkan untuk orang lain tahu yg dia tengah 'hujan'
-tak percaya,kalau ada upacara salam2 masa raya,walaupun sedara mara,sang lelaki ada yg pakai 'spek'
  untuk cover mata merah mereka...malu la tue....check2...

2)DI KALAHKAN ....aduiiiii...
-bila laki kalah confim malu tue..geram,ilang mood,stress,tension.....segalanya la...

3)JATUH....opppppsssss.....
-sifat laki biasa la kan,EGO,..tapi memang malu la bila jalan2 jer tersadung,paling teruk terus terjatuh
perrrggghh,awek yg dia minat ada kat dengan dia...bukan merah jer,terus biru muka tahan malu....hehehe..

4)KANTOI...tembelang pecah....
-seperti dilahirkan dan di zahirkan laki nie memang jenis perahsia...sebab tu penyimpan mohor besar raja2 adalah lelaki...tapi kan laki ni biasanya malu besar bila rahsia pecah der...
mengelabah dah konfim,cakap pun jadi merapu coz nak cover malu tue...

5)DUIT...
-seperti di uar2 kan,laki memang EGO...tak percaya,tanya la kawan laki terdekat anda,bkn boyfriend ya...bila pergi dating,hang up dengan girl dia...
tanya dia siapa yg belanja makan??siapa yg bayar parking??
mesti laki tu jawab,"issshh,mesti la aku yg bayar semua"
-TAPI,cuba bayangkan sebaliknya,apakah situasi laki tu bila dia sendiri tak bawak duit atau pun dah pokai masa g dating atau pun hang up tue???

6)RAMBUT...
-kebanyakkan laki akan bersiap paling lama dan lambat di bahagian rambutnya...
tapi laki akan menjadi malu bila  rambutnya serabut,tak kemas...bila tengok cermin laki mesti tengok rambut dia dulu daripada kemas bahagian lain...sebab tu laki sanggup botak licin dari simpan rambut serabut...
sebab pe????

7)MAKI...pedih nie...
-laki mesti sangat2 malu bila dia di maki atau di hina berbanding perempuan...sebab biasa la ego,tak tahan sabar,dalam hati tak ada taman...dia akan malu lagilah kalau dihina gurlfriend,bos,...
biasanya macam ni,pernah jadi kes bunuh tue....bahaya wooo....sebab malu jer tue.....

# Itulah antara perkara yang malu dan mengaibkan bagi lelaki,antara fakta2 dan logikal...

Saturday, January 29, 2011

APPLE i-PHONE OR BLACKBERRY IS YOUR CHOICE??

DUA2NYA BAGUS,TAPI MANA YANG JADI PILIHAN JIKA ANDA MAMPU UNTUK MEMILIKINYA??

Thursday, January 27, 2011

GREEN DAY KE MCR?


DUA2 BAND HEBAT......TAPI MANA YANG JADI PILIHAN???

naruto shippuden

uzumaki naruto


SEJAUH MANAKAH ANDA MNGIKUT EPISOD NARUTO?
ATAU ADAKAH ANDA HANYA MEMBACA MANGA??



MARI KITA KONGSI BERSAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...