Pages

Wednesday, October 12, 2011

Ceritera di sebalik Lorong.Bawah jambatan.Tepi tembok.

Insan Pilihan:"Kau duduk mana?"kata mamat ni kepada manusia yang duduk di sebelahnya.

Insan kecundang:"Aku duduk sini lah,sama lah ngan kau,baru je lagi,2 hari lepas".Jawab sambil muka ketat ibarat seluar skinny Amy Search.

Insan Pilihan: "Kau dah makan lum?".Mamat rambut agak ada persamaan dengan DJ Uno Pop Shuvit.Redlop.Tapi serabut sangatlah.Mop lantai adalah contoh terbaiklah sebenarnya.


Insan kecundang:"Belum lagi,kenapa?".Dah longgar sikit mukanya.Senyum sinis sambil memandang perutnya.

Insan Pilihan:"Nah,aku ada makanan lebih nie,ambik la.Makanlah jangan malu-malu.Kalau malu jangan makan-makan".Muka ikhlas di berikan.

Insan kecundang:"Uikks,terima kasih bro.Gua memang tengah lapar nie".Sambut bekas makanan yang diberikan sambil tersenyum nampak gigi susu berkarat.*Dalam hati*'mak oii,KFC dia belanja aku'.

#    #     #     #      #
Beberapa minit selepas makan dengan gelojoh.Insan kecundang menggelap mulutnya dengan lengan baju.

Insan Pilihan:"Sedap tak?aku biasa memang makan tu jer,sebab budak-budak yang keje situ selalu buang kat sebelah tong hitam tu".Jari telunjuknya di tuju ke tong sampah belakang KFC.

Insan kecundang:*muka berubah hijau*
       
        PUNKJUNKMAN...................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...