Pages

Friday, April 22, 2011

NAMAKU DI POTRETKAN....

Aku ni kerja kilang,dah kalau kerja kilang ni biasa la,memang la keje nya ada shift hour.seminggu jadi manusia seminggu jadi Batman.ya la kan Batman je yg keje malam.termasuk hero malaya Kluangman,tapi skunk dia dah pencen.tak tahan kot,asyik2 kena 'sev' kan orang jer.tak dapat gaji.komesyen pun tak da.bagi 50sen buat beli cewengam memang tak da la.duk dalam hospital mental Tampoi lagi syok.
   bila keje malam ni biasala,bangun keje dan start keje mata dah rabak,sebab tido untuk keje malam nie kena tidur yang luar biasa dari keje siang.8jam non-stop.tak boleh mimpi basah konpem lutut longgar masa kerja.bila dah tidur lama,bangun tidur mata rabak naik bengkak.dah mcm beruang panda.sori keturunan panda.especially Kung Fu Panda.
   bila start keje,aku buat la keje macam biasa,buat kerja sambil buat muka macho.hurrmm....

aku ni kira otai repair kat situ,aku punya ketua pun tunduk dan melutut supaya aku jadi sifu beliau.tapi aku tolak tanpa mengirakan keuntungan akan datang.setakat budak2 junior tu tengok aku repair body mata tak pejam dengan mulut ternganga akibat balancing tulang rahang dah lari.macam poyo-poyo je aku ni tapi nak buat macam mana lagi der,dah tu kisah benar.realiti macam AF.

  aku steady lagi,sampai aku benti kerja,aku kira legend kat situ..aku blah meninggalkan nama yang harum walaupun seluar aku pernah terkoyak besar masa perhimpunan pekerja yang di buat ntah untuk apa satu hari setiap bulan.


               'ITULAH AKU SEBAGAI TUKANG KETUK BADAN KENDERAAN,
               PANEL BEATER KERETA TOYOTA VIOS..'

Tuesday, April 19, 2011

Kereta ku bukan kereta F1



Tentang kereta yang satu ni,tak kira la duk belakang kereta wira tetap gak di panggil keta F1.ini la antara sebab kenapa kereta ni tak di gunakan oleh rakyat jelata baik yg kaya mau pun yg 'kayap'...kalau kayap tu memang tak mampu ler der...Terutamanya di negara kita nie..MALAYSIA tercinta...

1)tengoklah 'lowerd'nya keta nie,cuba korang bayangkan kereta nie korang gunakan kat bandaraya espicily kat bandor kita la,KL,mahu hancur bersepai bumper depan keta tu...nak tahu sebabnya try bawak moto gunakan spotrim murah,dalam masa sebulan dua dah bole jumpa ada kesan bengkok kat rim tue..itu pasal jalan teruk kat bando2 kita..maaf,bukan kutuk,tapi realiti,..

2)tak bole la nak bawak kapel naik keta nie.atau istilah lain anda membujang la sampai ke tua.kalau yang ada  kekasih hati tu dah lama mintak clash ..kan dah rugi nikmat kat dunia yg indah nie bila tak berCouple..uisshh

3)aku pernah dengar nasihat nie,'kelajuan membunuh'..highway kita nie had kelajuan hanya 110km/j itu masa aku belajar ambik lesen ngan JPJ dulu,rasanya memang tak berubah..tapi keta nie,gear 1 jer meternya dah bole cecah 80,apa lagi kalau tekan gear sampai abis..lu pikir la sendiri ya..ramaila penguin duk tepi higway buat keje speed trap...makin banyak la pulak jawatan kosong untuk tonto...

4)negara kita nie antara negara yang tergolong rakyat obesiti,tak caya cuba google..memang tak laku la keta ni bila jual kat sini..yang mampu tu memang bole beli,tapi yg mampu tu la kebanyakkan lihat pada kemajuan perutnya.mana nak muat masuk dalam keta nie..hehe..

banyak lagi sebenarnya,tapi tu la setelah kajian yg aku perolehi,dan di sebabkan mata aku ni jadi pelik,aku bukak besar tak mau gak,mata aku berat la pulak,ada setan bergayut la...
nanti aku ccita lagi kat u olls k..

sayonara,punkjunkman....


Friday, April 1, 2011

LUMRAH MASYARAKAT





Walaweiiii...malam yang dingin..sambil menghisap rokok winston light sebatang...layan televisyOn..
Terfikir lak aku tentang sifat manusia nie,..terutamanya masyarakat kita la,..

Masa aku kat tempat keja lama aku la kan..keja shift malam adalah satu malapetaka tuk aku la..
dengan mata rabak,biasa la kan keja malam ni masa siang tu memang kena tidur kaw2, 6jam keatas..cukup time bangun,mandi gosok gigi..then keluar bilik air,sambil kaki kanan keluar dulu dari toilet,pesan orang tua aku..lap2 badan guna towel,then pakai la boxer sponge bob.siap2 pakai seluar baju la nak g kerja.member rumah yang keja siang dah pulang dari kerja..aku lak dok bersiap nak mencari rezeki di bumi tuhan.
member aku yg satu bilik ngan aku tu pun masuk bilik dengan bau badan yang agak kurang menyenangkan selera dan tekak aku.sambil tu mulut dia ter pacul la ayat nie..
"Der,nak g mana siap-siap wangi nie der?"
ngan selamba dan hati yang panas mulut ku jawab,"nak g shopping kat pavillion"
dah tau aku siap nak pergi keje lagi tanya aku nak pergi mana.


Kadangkala kita sendiri buat perkara sama,tapi biasanya berlaku ya lah kan masyarakat kita kan peramah..
contoh berlaku kat mak aku sendiri..situasi berlaku di pasar basah kat kampung aku..

biasa lah bila balik kampung aku la dreber tuk mak aku,jalan raya masa tu jem yg amat sebab ada eksiden sehala dengan jalan ke pasar tu,kereta tayar pecah.lenguh kaki ku ini biasa la bawak kereta manual..
sampai gak aku kat pasar,orang tua aku terus meluru masuk pasar tanpa tunggu aku.tapi aku kejar cucuk rapat..dalam ramai-ramai orang,boleh lak mak aku terserempak ngan kawan beliau..namanya mak cik Tim.terus sapa mak aku.
Mak Tim:Yah,nak belanja sayur ikan ker??
Mak Yah(mak aku) dengan muka tersenyum menjawab,:
"isssh,tak da la Tim,ni ha anak aku nie,dia baru balik dari KL,dia tanya aku kat mana nak beli tayar kereta dia,tu yang aku bawak dia gi sini"
Sambil tersenyum malu Mak Tim terus berlalu tanpa sebarang bunyi..
itu lah antara masalah masyarakat kita...
lain-lain nanti aku cerita lagi la,ambil ni sebagai ikhtibar..

salam sayang,hill ken..walaweiii....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...