Pages

Friday, September 30, 2011

Makin Serabut




Aku mendapat restu dari majikan yang aku bercuti pada hari semalam,Friday.Hari yang agak sibuk sama dengan hari Senin.Aku mahu men'yetel'kan beberapa perkara penting,walaupun hanya satu pekara jer.

Habis sudah waktu sembahyang Jumaat,aku masuk ke rumah menukar menjadi kepada orang yang galak pergi bersukan macam kat Tasik Titiwangsa.Aku sarung treksuit dengan baju Adidas yang aku beli kat Uptown.Murah tapi selesa di pakai ke mana sajer.Adalah sebab aku menyarung pakaian tu kat badan sekeping aku.

Aku tekan alarm 'Tenggiling' aku dengan agak bergaya,.'tut,tut'..Lock pintu pun terbuka secara auto.Dah masuk,aku start kereta aku menuju ke tempat yang nak di tuju.Bukan menuju ke Alam barzakh.Gila kau.....

Sampai sudah tempat dituju,BANK.Bank pilihan rakyat.Keluarkan duit melalui counter.ATM mana cukup nak keluarkan duit yang aku nak.Pas dapat tiket je,Pak guard pun mengeluarkan kata puitisnya.
     
    'Ada 15 orang ya kat depan encik'..katanya sambil menyengih.

Aku buat steady je,dalam hati berkata,'tak pa la,alang-alang dah sampai'.

#       #     #        #        #

Aku parking kereta aku elok-elok,tak elok memang berlekuk la pintu kena langgar dengan kereta orang lain.Beg disandang penuh cermat,ada duit tu.Aku ada di Bank lain.Bank Harimau Malaya.Nak 'ngantor' duit kat seseorang.Selagi tak transfer selagi tu la serabut minda aku.

Aku isi form untuk masuk duit,aku tulis dengan penuh berhati-hati walaupun tak da peluh meleleh.hey,ada ecOn la.Siap sudah 'menatang' tu di isi,aku menuju ke kaunter tiket.Aku tengok jam.1545pm.Sebelum masuk lagi,aku dah tanya guard,working hour.Dia cakap pukul 1600pm..

  Masa kat kaunter ada officer nie,Cun dowh,walaupun badan cutting straight.Aku mendadakan badan sambil berkata-kata like William Shakespears.

   'I nak masukkan duit ni,nak tiket,ada lagi tak?'.Senyum sikit.

  'Ada,nah.'Dia berbalas senyuman dengan aku lah.

   'Terima kasih'.Ucapan terus keluar dari mulut aku.Aku baru nak melangkah,awek tu boleh lak panggil,...

  'Encik,ada lagi 56 orang kat depan encik ya,saya nak bagitau jer'..Tersenyum....

                     CANCEL.......PUNKJUNKMAN........


Thursday, September 29, 2011

Aku berkongsi..



AMARAN KERAS:-




Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe...
Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..

Saturday, September 24, 2011

Perbezaan:anda tentukan siapa anda..

Kisah yang membuatkan aku nak letak dalam 'Belok' aku.Si Bodoh dan Si Cerdik..Perkara nyata.


Kenderaan
Si Bodoh:Ada kenderaan,contohnya motor.tapi pergi ke tempat kerja menggunakan khidmat Limo Rakyat Termiskin(LRT)..Ini adalah sebab kes nak bergesel-gesel.Agak kurang elok.18sx.


Si Cerdik:Satu kenderaan pun tak ada,naik LRT pun tak.tapi sebab Cerdik,ada otak.Telefon kawan minta tumpang.Bila time nak isi minyak buat-buat sakit perut masuk toilet.Suck!


Credit Card
Si Bodoh:Mesti mahu menggunakan kredit kad sampai melecet,maksimum sampai 1sen pun tak tinggal.Cukup bulan,time masa untuk pembayaran bulanan.Menyinga,meradang,meracau,tak mampu nak bayar.*kes berlagak banyak duit,ataupun bahasa kesatnya bodoh sombong*


Si Cerdik:Gunakan gak kredit kad,sampai maksimum gak.tapi sebab cendiakawannya,bayaran bulanan tak payah bayar.*kad klon la tu*.cerdik,cerdik..


Ok,cukup sampai kat sini,ada masa aku sambung lagi.PUNKJUNKMAN.






Wednesday, September 21, 2011

Ada buku tak da skill

Menghela nafas yang panjang selepas pulang dari kerja.Aku teringat kat kawan lama aku ni.


On kan Lappy....Tap,tap,tap...kata laluan sudah di masukkan..1st bukak Google,tuju ke 'Belok' aku sendiri..


Masih tengiang lagi kat medula oblongata aku pasal member aku.sekadar kawan ler.


'Ala,buat benda tu senang la,bukan susah pun.Aku dah beli dah buku panduan.kita buatlah ikut buku tu.Konfim berkesan dan sukses!'.Ujarnya macam PM masa ucapan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.


'Cakap pakai ekkk,(bukak mulut sambil menjelirkan lidah)senanglah der.sekarang aku nak kau bawak buku tu,kita pergi buat sama-sama,amacam?..Kata-ku sambil menggangkat kening tinggi-tinggi..


Suasana berubah menjadi senyap sunyi seketika ibarat BB di silent.Bunyi kucing mengiauw 50 meter jelas kedengaran.


Aku pandang muka dia sambil menghirup air nes 'o' panas. 'Eh,amacam?tak bran ker mat?tutup mulut.Hanya ingin memecahkan rekod bunyi kucing tersebut.


Tak baper saat tu dia bersuara,.'boleh,tapi tu lah,aku lupa lah mana aku letak buku tu,nanti aku balik aku cari'.Katanya sambil mengalihkan pandangan dari terus pandang kat aku.Mungkin dia terasa aura super saiya aku.Istilah lain,*kantoi*..


Aku tersenyum.Dalam hati berkata.'Jangan cakap je pandai,buat tengok'..


Buat pakai tangan dan akal baru jadi,Buku sebagai rujukan.Sedarlah teman.PUNKJUNKMAN.




Saturday, September 17, 2011

Muka Buku...

Tengah aku melayan cerita Korea yang agak mengarut kat Tibi ni.Aku cucuhkan sebatang rokok aku.Bingkas bangun masuk ke dalam bilik aku angkat BB aku yang ada kat kepala katil.On kan laptop aku.Rokok di petik untuk membuang habuknya...Ok,sudah Log in,layanlah Muka Buku baca status friends yang hanya 30% je kawan yang aku kenal.Tanda Thumb up sudah muncul tanda aku sudah 'Like' status dorang.

Masa pikiran sudah di awang-awangan,aku teringat kat kawan sekerja aku,atau bahasa baik budi pekertinya ialah ofismate,.Tak ada apa pun yang best kat dia ni.Aku bawak citer ni pun bukan sebab apa.bukan mengumpat atau mengata.Apa yang aku nak,aku nak letak citer dia dalam Belog aku yang di miliki oleh aku sendiri.Bukan Mark Zuckerberg.

SATU
"eh,kau jangan mengata dia ya,aku report kat dia"..katanya

"apahal kau tak nak report kat polis jer??"...aku balas dengan agak pedas.

Dia terdiam.sambil angguk-angguk dan jeling tak berapa nak tajam kat aku.....

DUA
"Kau ni,berapa kali aku cakap,jangan kacau dia" dia tiba-tiba sound aku

"Lah,yang kau ni kenapa?aku kacau dia,bukan kacau kau pun"..aku duduk atas kerusi dengan ganas...

"Sebab kami berdua ni BFF tahu tak.Kau kacau dia,aku tak suka tahu.."dia menggangkat dagu tinggi..

Aku terus bangun,tolak kerusi masuk bawah meja,sambil berkata"Pengaruh Muka Buku"....

Fuuhhhhhhhhh......Punkjunkman.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...