Pages

Friday, June 15, 2012

Hampir Koma


 Menarik puntung cigar dengan kemas dan lepaskan kepulan asap di udara bebas.Itu kawasan rumah sendiri tiada masalah atau menyesakkan dada orang lain.Teringat sebuah kisah lama.Aku coretkan didalam blog aku sendiri.Ini bukan fakta,tapi ini kisah.Ada yang tersalah tarikh dan waktunya sila abaikan dan lepas tangan.

  Usia muda macam aku waktu tu biasalah melayan game tape,ditepi pulak memasang walkman.Lagu tak diherankan janji terasa macam abang-abang.Agak cemerlang masa tu melayan game Contra.Bila permainan sudah di final stage,ala jumpa boslah.Strategi dirancang dengan penuh bergaya."Confirm bos ni sekejap je aku kejekan". Bercakap seorang diri.

   'Tung,tung,tung' bunyi lesung didapur,maknanya mak aku dah start masaklah tu.Oklah gak,habis game boleh mencekik.Dapat gak aku merasa sambal 'ketok'.

  Earphone dipasang hanya sebelah telinga sahaja sambil melayan game penuh bersahaja.Dari dapur bunyi lesung batu mulai hilang.Aku cabut earphone yang sebelah lagi untuk 'konfem' kan.Terdengar lak jeritan mak aku dari dapur,"Nakkkk,oooo,nakkk,tolong ambilkan mak surat kat dalam laci bilik kamu tu"."Kaler biru  cair tu".Sambungnya lagi.

  Disebabkan sudah final stage.Aku buka laci terus rentap surat yang mak aku maksudkan.Terus tutup laci dengan sangat kuat.

               'Zaaaappppppppppppppp' Terasa dunia sunyi sepi seketika.

*   *   *   *   *   *

 Dengar suara mak aku bertanya "kenapa ni Nak berguling-guling ni.Lapar sangat ke?Mak dah siap masak tu,kita makanlah jap lagi."

 Aku jawab dalam menggeletar "takdalah mak,kita punya tersepit".....uhhh..uhhh...

      PUNKJUNKMAN...............



Thursday, June 14, 2012

Twitter: Perkongsian

Memegang BB di tangan sambil melayan Twitter itu adalah perkara biasa bagi aku.Berbual dengan rakan kebanyakkan mengambil topik baru,itu semuanya asal dari Twitter.Surat khabar dibaca hanya untuk mengetahui pekembangan kes bunuh,ragut,ayah rogol anak,kes khalwat.Ia tiadalah dibincang dalam laman ini kerana ianya perlu dibaca di surat khabar.

                            
 Laman itu sangat menjadi trend sekarang ni.Itupun jika anda betul mengikut jejak langkah laman sosial.
Antara yang menjadi bualan yang aku ambil sebagai contoh dilaman tersebut adalah:-

1) MB Nizar mengutuk Sultan aku,Sultan Johor pasal pembelian nombor plat.WWW 1.
2)Keadaan lalulintas yang berlaku di kawasan Kuala Lumpur.
3)Fakta dan sesi troll bagi pemegang twithandle.Twithandle adalah nama bagi pemegang akaun twitter.
4)Perkembangan sukan terkini.

Itu contohnya.Mahukan lain sila create akaun Twitter anda.PUNKJUNKMAN...........

Wednesday, June 13, 2012

Sehari Yang Rugi



Kita manusia yang kadang kala leka dengan kehidupan duniawi.Kehidupan orang biasa yang tiada berfikir untuk mencari bekalan pada hari kita di hisabkan.Mungkinkah itu anda?Lihat dibawah.

1) PAGI
    Kebanyakkan manusia yang ISLAM atas faktor keturunan bangun melampaui waktu subuh.Jika bangun pun,hanya menarik selimut akibat sejuk embun pagi.Sebenarnya tergoda oleh hasutan syaitan.

                               

2) TENGAHHARI
   Makan sudah kenyang,Zuhur buat tak perasan.'Eh,dah masuk Asar ke? Lupa lak nak Zuhur tadi.'

3)PETANG
  Melihat jam berdetik untuk menunggu waktu pulang ke rumah setelah seharian bekerja.ASAR punya waktu biasanya akan kita sedari,tapi memberi alasan bila kawan mengajak.'Aku Asar kat rumah,korang pergi dulu,ok.Harini jer,esok aku follow Asar dengan korang'.Dalam perjalanan ke rumah,nampak pasar malam.Singgah.

4)SENJA
   Sudah singgah dipasar,jam sudah menunjukkan detik 650pm.Sibuk dengan memilih juadah,baju,selipar crocs tiruan tak sedar yang diri sudah melanggar waktu Maghrib.Dalam hati berkata,'sempat ni nak maghrib'.Tapi masih memandang lorong pasar malam yang belum dilalui lagi.Lepas........

5)MALAM
  Waktu biasa bagi manusia biasa untuk menyantap makan malam.Manusia biasa bukan manusia yang sibuk berdiet atau ahli sukan.Memandikan diri perkara biasa.Siap-siap untuk makan malam.Sesudah makan.Mengadap Facebook sebentar mata mulai layu akibat kekenyangan makan malam.


Ini adalah hakikat.Tiada tuju kepada sesiapa.Semoga dengan post ini dapat memperbaiki diri sendiri.

            PUNKJUNKMAN...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...