Pages

Saturday, October 6, 2012

Indahnya Dunia.

 Mari menonton video ini jika anda masih berhati Syaitan.Semoga dengan adanya video ini dapat membantu anda dari bersifat durjana.Berkata-kata belakang.


Tuesday, August 7, 2012

Iklan Raya 2012 - Sepasang Baju Kurung

 Raya sudah hampir menjelma.Ini adalah salah satu video iklan raya dari CINTA FOTO.Respek kerana masih meneruskan tradisi kesedihan sebelum datangnya raya.Ending mesti gembira.Tabik.





Berkongsi melalui Youtube....PUNKJUNKMAN.

Wednesday, July 25, 2012

Anak Kampung Diberikan Jawapan

Sudah Ushar lagu ANAK KAMPUNG dari Jimmy Palikat?? OK,Inilah jawapannya.Sekadar Membasahkan gusi dari duk kering dan muka ketat.Ayuh! Kita Karoks...



Kredit: PUNKJUNKMAN.

Friday, June 15, 2012

Hampir Koma


 Menarik puntung cigar dengan kemas dan lepaskan kepulan asap di udara bebas.Itu kawasan rumah sendiri tiada masalah atau menyesakkan dada orang lain.Teringat sebuah kisah lama.Aku coretkan didalam blog aku sendiri.Ini bukan fakta,tapi ini kisah.Ada yang tersalah tarikh dan waktunya sila abaikan dan lepas tangan.

  Usia muda macam aku waktu tu biasalah melayan game tape,ditepi pulak memasang walkman.Lagu tak diherankan janji terasa macam abang-abang.Agak cemerlang masa tu melayan game Contra.Bila permainan sudah di final stage,ala jumpa boslah.Strategi dirancang dengan penuh bergaya."Confirm bos ni sekejap je aku kejekan". Bercakap seorang diri.

   'Tung,tung,tung' bunyi lesung didapur,maknanya mak aku dah start masaklah tu.Oklah gak,habis game boleh mencekik.Dapat gak aku merasa sambal 'ketok'.

  Earphone dipasang hanya sebelah telinga sahaja sambil melayan game penuh bersahaja.Dari dapur bunyi lesung batu mulai hilang.Aku cabut earphone yang sebelah lagi untuk 'konfem' kan.Terdengar lak jeritan mak aku dari dapur,"Nakkkk,oooo,nakkk,tolong ambilkan mak surat kat dalam laci bilik kamu tu"."Kaler biru  cair tu".Sambungnya lagi.

  Disebabkan sudah final stage.Aku buka laci terus rentap surat yang mak aku maksudkan.Terus tutup laci dengan sangat kuat.

               'Zaaaappppppppppppppp' Terasa dunia sunyi sepi seketika.

*   *   *   *   *   *

 Dengar suara mak aku bertanya "kenapa ni Nak berguling-guling ni.Lapar sangat ke?Mak dah siap masak tu,kita makanlah jap lagi."

 Aku jawab dalam menggeletar "takdalah mak,kita punya tersepit".....uhhh..uhhh...

      PUNKJUNKMAN...............



Thursday, June 14, 2012

Twitter: Perkongsian

Memegang BB di tangan sambil melayan Twitter itu adalah perkara biasa bagi aku.Berbual dengan rakan kebanyakkan mengambil topik baru,itu semuanya asal dari Twitter.Surat khabar dibaca hanya untuk mengetahui pekembangan kes bunuh,ragut,ayah rogol anak,kes khalwat.Ia tiadalah dibincang dalam laman ini kerana ianya perlu dibaca di surat khabar.

                            
 Laman itu sangat menjadi trend sekarang ni.Itupun jika anda betul mengikut jejak langkah laman sosial.
Antara yang menjadi bualan yang aku ambil sebagai contoh dilaman tersebut adalah:-

1) MB Nizar mengutuk Sultan aku,Sultan Johor pasal pembelian nombor plat.WWW 1.
2)Keadaan lalulintas yang berlaku di kawasan Kuala Lumpur.
3)Fakta dan sesi troll bagi pemegang twithandle.Twithandle adalah nama bagi pemegang akaun twitter.
4)Perkembangan sukan terkini.

Itu contohnya.Mahukan lain sila create akaun Twitter anda.PUNKJUNKMAN...........

Wednesday, June 13, 2012

Sehari Yang Rugi



Kita manusia yang kadang kala leka dengan kehidupan duniawi.Kehidupan orang biasa yang tiada berfikir untuk mencari bekalan pada hari kita di hisabkan.Mungkinkah itu anda?Lihat dibawah.

1) PAGI
    Kebanyakkan manusia yang ISLAM atas faktor keturunan bangun melampaui waktu subuh.Jika bangun pun,hanya menarik selimut akibat sejuk embun pagi.Sebenarnya tergoda oleh hasutan syaitan.

                               

2) TENGAHHARI
   Makan sudah kenyang,Zuhur buat tak perasan.'Eh,dah masuk Asar ke? Lupa lak nak Zuhur tadi.'

3)PETANG
  Melihat jam berdetik untuk menunggu waktu pulang ke rumah setelah seharian bekerja.ASAR punya waktu biasanya akan kita sedari,tapi memberi alasan bila kawan mengajak.'Aku Asar kat rumah,korang pergi dulu,ok.Harini jer,esok aku follow Asar dengan korang'.Dalam perjalanan ke rumah,nampak pasar malam.Singgah.

4)SENJA
   Sudah singgah dipasar,jam sudah menunjukkan detik 650pm.Sibuk dengan memilih juadah,baju,selipar crocs tiruan tak sedar yang diri sudah melanggar waktu Maghrib.Dalam hati berkata,'sempat ni nak maghrib'.Tapi masih memandang lorong pasar malam yang belum dilalui lagi.Lepas........

5)MALAM
  Waktu biasa bagi manusia biasa untuk menyantap makan malam.Manusia biasa bukan manusia yang sibuk berdiet atau ahli sukan.Memandikan diri perkara biasa.Siap-siap untuk makan malam.Sesudah makan.Mengadap Facebook sebentar mata mulai layu akibat kekenyangan makan malam.


Ini adalah hakikat.Tiada tuju kepada sesiapa.Semoga dengan post ini dapat memperbaiki diri sendiri.

            PUNKJUNKMAN...........

Saturday, May 26, 2012

Dalam Kenangan

 Tanggal 30 April 2012 Bersamaan 8 Jamadilakhir 1433


AL-FATIHAH


Telah dinamakan manusia ini dengan nama Hafizul Hakim.Usia dia meninggalkan kami semua ialah pada 18 tahun.Tidak perlu panjang lebarkan.Cuma berkongsi kepada sekalian rakyat Malaysia.Berhati-hatilah dijalan raya.


* Bila melanggar peraturan LARANGAN untuk membuat pusingan U



   *Kesan pada motor.JANGAN cuba bayangkan kepada Arwah adik aku.

          Al-Fatihah.Semoga aman disana.PUNKJUNKMAN.

Friday, May 4, 2012

Aku.Menyepi.

  Selepas aku rasa yang teramat bosannya.Aku gagahkan diri untuk tendang pintu bilik air.Ok.Sekarang aku mahu memandikan diri aku.Agak dalam waktu mandi sudah tamat.Aku capai seluar pendek paras atas lutut,(terdedah aurat lelaki aku).Capai baju lusuh aku.Semua aku sarung ke badan aku.

  Kemas-kemas rambut.Siap semua aku keluar rumah.Start motor kesayangan aku pergi hantar baju minta di 'oter'.Brader tu aku tengok ada gaya seorang gay,tapi tu lah.Bini ada di sebelah,jadinya salah tekaan aku.Mungkin aku elok katakan dia seperti Chef Wan.

  Keluar dari kedai,mata aku terus tertumpu kepada satu benda.Apahal lak dia ni lembik.Aku baru check haritu. "Apa masalah kau ni.Aku bukan banyak duit pun.Tayar,tayar."Hati menyatakan keresahan jiwa.

  Aku cari petrol station paling dekat.Ok,sudah jumpa.Tekan butang tu sampai ke tahap yang elok untuk aku masukkan angin ke dalam perut tayar tu.Motor sudah di tongkat dua.Menggayakan langkah seperti seorang Pro untuk 'suap' angin ke dalam perut tayar tu.

  Psssst,pssst.Aku cucuhkan kat mulut tiub.Aku tekan tayar aku."Haram jadah",angin makin keluar bukannya masuk sebab aku cucuhkan tak betul.Kecewa.

 Aku campakkan ke lantai.Kecewa,kecewa,kecewa. PUNKJUNKMAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...