Pages

Sunday, October 23, 2011

Man United:Gagal


Aku mula serius,mula hisap cigar laju-laju,mula tidur tak tentu nyenyaknya bila Team yang aku minati di malukan.Arrgghh! 6-1.
   Ok,dah kalah,kan,nak buat macam mana.Buka jersi yang tertulis AON baling dalam baldi,rendam seminggu.Tapi tengok apa yang kelab pak arab tu buat baru boleh menang macam tu.Sejarah.Fakta:-

1) Berbelanja sehingga $$ 1 billion Pound untuk bawak muka baru dan jentera yang Faktab macam tu.

2) Perlawanan terakhir City menang besar kat Old Trafford pada tahun 1955. 0-5.

3) United  1-6 City yang terakhir adalah pada tahun 1926.(lama kan).

4) Manchester United menang sebanyak 67 kali dalam 161 pertemuan mereka.City hanya menang 40 kali.

5) Punca kekalahan teruk dalam pertembungan ni ditemui dan dikesan adalah disebabkan Johny Evans di tendang keluar oleh pengadil sebab Straight Red Card.2minit selepas perlawanan bersambung atau bahasa kampungnya,47' on Second Half Start,Evans have been sent off.Faktab.

  Rasanya sudah cukup lah nie,tulis banyak-banyak nanti mata makin terserlah berkacanya.

PUNKJUNKMAN...

Saturday, October 22, 2011

Juara untuk Si Malang



 Bila masing-masing mementingkan diri sendiri dan harta.Nyawa lain tidak di endahkan.Tapi ianya lawak.Berani cubalah tengok tanpa sedikit senyum sinis pun,aku boleh karate tulang belakang kau.






Friday, October 21, 2011

Kasut Penguin dan Alfio Raldo

Setelah berjaya mengumpul duit belanja sekolah campur dengan duit raya lagi,aku nekad  ke pekan untuk angkat satu beg silang tepi dengan kasut Penguin.

   Hari Sabtu,hari bebas untuk aku.Aku siap-siap bagai macam nak ke majlis kerja kawin.Kasut Alfio Raldo abang aku di rembat untuk di gayakan dengan stail baju T-shirt berkolar aku yang depan dimasukkan belakang di keluarkan dari seluar.Rambut berminyak di sikat tepi memang adalah gaya yang paling sesuai masa tu.Waktu di mana lagu Sejarah Mungkin Berulang hari-hari main kat radio bas sekolah.

  Hujan mulai reda,perjalanan ke bus stop sangat memenatkan,tak jauh cuma 3 Km..3 Km????
 Bus stop hanya ada di sebelah jalan besar.Rumah aku lak kat tengah-tengah kampung.

  Si budak Wan Boncit dah mencengihkan muka kat tiang bus stop.Celaka,dia dah sampai sebab bapak dia hantar naik motor.Becak atau bahasa bandarnya di sebut lopak air di lompat sehabis gaya.Melepaskan lelah sambil curi-curi hisap rokok di sebalik tiang,orang kampung lalu goyang-goyangkan tangan untuk mengaburi mata dorang dari nampak asap rokok.Padahal mulut menghembus asap.kantoi di situ.

 Bas SPT lambat lagi,badan dah melengas.Wan dah ready sebatang  marker pen nak tulis 'I Love U Timah' kat belakang kerusi bas.Rokok dah lama setel,Bas Wak Muslim tak sampai lagi.Sambil menunggu bagai orang sasau,batu-batu kat tepi jalan aku buat hilangkan boring baling kat dalam becak yang aku elak tadi.

  Pluupp,pluppp,pluuuppp..

 Dari jauh aku nampak bas yang perlahan macam kura-kura tu menuju ke tempat aku menunggu,aku berdiri belakang becak siap sedia nak naik bas.Duit syiling di genggam kemas.Rambut di kemas-kemaskan.Dada di tegapkan kot-kot ada awek kampung sebelah kat dalam bas tu.

*      *     *      *

 Bas dah lama gerak,aku masih duduk di kerusi Bus stop sambil menggelap air mata.Kibas-kibas baju.Kasut di cabut,stoking di perah ke dua-dua belah.Kotak mancis kayu dibuang kat tepi.

      PUNKJUNKMAN
....

Friday, October 14, 2011

My Chemical Romance - Let's karaoke




Lama aku tak layan lagu ni.Aku jadikan ia nya sebagai lagu yang aku minati.Fahami maksudnya.
Memanglah lagu melayu banyak,tapi aku dah suka lagu ni.Sebab aku bukan peminat K-Pop yang takat tahun 2011 je yang tahan.

Hebat,Imaginasi tinggi.Thumbs Up!




Wednesday, October 12, 2011

Ceritera di sebalik Lorong.Bawah jambatan.Tepi tembok.

Insan Pilihan:"Kau duduk mana?"kata mamat ni kepada manusia yang duduk di sebelahnya.

Insan kecundang:"Aku duduk sini lah,sama lah ngan kau,baru je lagi,2 hari lepas".Jawab sambil muka ketat ibarat seluar skinny Amy Search.

Insan Pilihan: "Kau dah makan lum?".Mamat rambut agak ada persamaan dengan DJ Uno Pop Shuvit.Redlop.Tapi serabut sangatlah.Mop lantai adalah contoh terbaiklah sebenarnya.


Insan kecundang:"Belum lagi,kenapa?".Dah longgar sikit mukanya.Senyum sinis sambil memandang perutnya.

Insan Pilihan:"Nah,aku ada makanan lebih nie,ambik la.Makanlah jangan malu-malu.Kalau malu jangan makan-makan".Muka ikhlas di berikan.

Insan kecundang:"Uikks,terima kasih bro.Gua memang tengah lapar nie".Sambut bekas makanan yang diberikan sambil tersenyum nampak gigi susu berkarat.*Dalam hati*'mak oii,KFC dia belanja aku'.

#    #     #     #      #
Beberapa minit selepas makan dengan gelojoh.Insan kecundang menggelap mulutnya dengan lengan baju.

Insan Pilihan:"Sedap tak?aku biasa memang makan tu jer,sebab budak-budak yang keje situ selalu buang kat sebelah tong hitam tu".Jari telunjuknya di tuju ke tong sampah belakang KFC.

Insan kecundang:*muka berubah hijau*
       
        PUNKJUNKMAN...................

Thursday, October 6, 2011

Peter Schmeichel:kau gila??

 Jiwa menunjalkan badan aku untuk mendapat kepastian.Aku menjengah di celah daun tingkap rumah aku,"Aikk,dah berhenti?!Cantik nie".Baru lepas habis berbual di telipon kejap.

Niat hati nak bersiap bagai nak pergi ke kenduri majlis kahwin.Tapi terkandas,minyak rambut Tancho dah kering.Jadi,tanggal semuanya,sarung pakaian yang agak lusuh(sengaja dilusuhkan).

                        "Durrpp,Durrrpp,Durrrp"
    Enjin kapcai di panaskan.Panaskan untuk apa?Bukan nak goreng telur pun..

                                     # hiasan

Sampai di lokasi,Wan Boncit tersengih menunjukkan gigi siongnya.Seriau gak aku.Dahlah tadi baru je hujan renyai,teringat lak aku citer 'Pontianak Gua Musang'.Arghh,buanglah ingatan tu.Tak pun simpan dalam poket.

"Weyyy,mau gi mana nie kau call macam nak tercabut gangang tipon rumah aku?Lama ke kau mengidam makan terompah edisi Jepun?Kalau mengidam aku boleh bagi,nak ke??Adik aku tu dah tak bertegur ngan aku sebab aku suapkan dia ngan terompah tu bulan lepas".Aku menggangkat-ngangkat dagu.

"Ala,sori la der,aku telepon pun bukan apa,nak ajak kau main bola,karang tak ajak kau mencarut kat aku tiap-tiap hari.Aku tipon sebab ni lah".Wan boncit memujuk aku macam Awie pujuk Erra Fazira dalam Sembilu...Tapi cara laki lah,bukan pegang-pegang dagu ler..
     
  *Perbualan diteruskan.Tapi,tidak di masukkan dalam ni sebab banyak perkataan tidak bermoral memuncak-muncak keluar dari mulut*


"Kau tunggu sini,aku balik rumah tukar baju seluar,OK?.Kenapalah tak cakap masa kau tipon tadi,susah payah aku rembat levi's abang aku,doh"..Aku start motor dan berlalu ibarat angin kipas yang di-Full-kan kelajuannya.

      Sampai aku kat rumah.Tongkat dua motor honda kapcai.Basuh kaki masuk rumah.Mak aku pantang masuk rumah tak basuh kaki.

Cari  remote control  TV,On-kan,aku layan citer kartun jepun,Dash Yankuro.

 "Wan,kau silap orang lah,aku bukan orang yang kau cari untuk pengganti penjaga gawang team kau"
   
                       # Antara yang di sebut dalam perbualan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...