Pages

Saturday, December 10, 2011

November Boy 2

   Aku dah bangun pagi,aku nak buat susulan pasal post yang lepas.Selang dan jarak beberapa hari.Sambutan hari lahir aku disambut meriah,ramai kawan-kawan,sedara mara datang.Musuh Chin Peng pun datang.Itu rekaan  je.

26/11/2011:-
 
  Inilah hari lahir aku,aku dapat macam-macam hadiah.Hadiah pinggan mangkuk.Macam-macam lagilah.Termasuk hadiah seorang gadis buat peneman sepanjang aku hidup.Aku sambut dengan memakai keris di pinggang.Cewah,sangat meriah benar.


-MALAMNYA-

   Aku sudah selesaikan banyak perkara,tapi satu perkara yang belum,makan.Rupanya selepas aku makan kek siang tadi sampai aku buat kerja sampai ke malam,aku tak buat sebarang kunyahan untuk isi perut aku nie.Aku ajak gadis aku disertai adik-adiknya untuk pergi makan luar bersama.Aku order nasi putih 4 pinggan,Sup daging 2.Telur dadar 2.Nasi goreng kampung 1.Air aku tengok semua ambil yang murah punya yang boleh didapati dirumah sendiri.Selesai sudah makan.Perut pun sudah kenyang.

  "Bang,kira bang."kata aku sambil melambai-lambai angin kat abang muka Raul Lemos tu.

"ermm,tu teh 'o' ais ya,ok.semua sekali 27 ringgit 80 sen..."Muka selamba je.

 Aku rasa betullah kedai yang aku makan tu ada letak santau,pelaris.Aku cam je kedai tu betul-betul supaya seorang keturunan aku pun jangan makan kat situ.Celaka,mahal.Cekik darah.


27/11/2011:-

  Pada hari ni aku bangun agak lewat sikit,agak matahari ke arah untuk tergelincir.Pagi-pagi aku sudah digegar oleh mak aku,dia nak keluar,tapi tayar keretanya bocor.Jadi dia sapulah kenderaan aku.Dia minta aku setel kan lah tu.Ok,terima.Aku pergi kedai,buat semua.Selesai.Aku hayun sana sini jap kereta mak aku tu.

29/11/2011:-

Selepasa agak bosan lepak rumah mak aku.Aku pulang ke rumah aku sendiri.Parking je kereta aku,aku bawa barang-barang aku pergi ke arah motorsikal aku parking.Ada sikitlah maki hamun di huraikan bagai halilintar dalam Immortal.Apa punya keturunanlah bateri motor aku pun nak curi.Bukan main cantik lagi kau buka ya tempat penyimpan bateri tu.Potong wayar lepas tu simpan kemas-kemas kat tepi.HARAM.

  Oh,November yang agak sedikit malang dari bulan yang lain.Aku harap ada hikmah yang tersendiri.AMIN...................PUNKJUNKMAN.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...