Pages

Friday, September 30, 2011

Makin Serabut




Aku mendapat restu dari majikan yang aku bercuti pada hari semalam,Friday.Hari yang agak sibuk sama dengan hari Senin.Aku mahu men'yetel'kan beberapa perkara penting,walaupun hanya satu pekara jer.

Habis sudah waktu sembahyang Jumaat,aku masuk ke rumah menukar menjadi kepada orang yang galak pergi bersukan macam kat Tasik Titiwangsa.Aku sarung treksuit dengan baju Adidas yang aku beli kat Uptown.Murah tapi selesa di pakai ke mana sajer.Adalah sebab aku menyarung pakaian tu kat badan sekeping aku.

Aku tekan alarm 'Tenggiling' aku dengan agak bergaya,.'tut,tut'..Lock pintu pun terbuka secara auto.Dah masuk,aku start kereta aku menuju ke tempat yang nak di tuju.Bukan menuju ke Alam barzakh.Gila kau.....

Sampai sudah tempat dituju,BANK.Bank pilihan rakyat.Keluarkan duit melalui counter.ATM mana cukup nak keluarkan duit yang aku nak.Pas dapat tiket je,Pak guard pun mengeluarkan kata puitisnya.
     
    'Ada 15 orang ya kat depan encik'..katanya sambil menyengih.

Aku buat steady je,dalam hati berkata,'tak pa la,alang-alang dah sampai'.

#       #     #        #        #

Aku parking kereta aku elok-elok,tak elok memang berlekuk la pintu kena langgar dengan kereta orang lain.Beg disandang penuh cermat,ada duit tu.Aku ada di Bank lain.Bank Harimau Malaya.Nak 'ngantor' duit kat seseorang.Selagi tak transfer selagi tu la serabut minda aku.

Aku isi form untuk masuk duit,aku tulis dengan penuh berhati-hati walaupun tak da peluh meleleh.hey,ada ecOn la.Siap sudah 'menatang' tu di isi,aku menuju ke kaunter tiket.Aku tengok jam.1545pm.Sebelum masuk lagi,aku dah tanya guard,working hour.Dia cakap pukul 1600pm..

  Masa kat kaunter ada officer nie,Cun dowh,walaupun badan cutting straight.Aku mendadakan badan sambil berkata-kata like William Shakespears.

   'I nak masukkan duit ni,nak tiket,ada lagi tak?'.Senyum sikit.

  'Ada,nah.'Dia berbalas senyuman dengan aku lah.

   'Terima kasih'.Ucapan terus keluar dari mulut aku.Aku baru nak melangkah,awek tu boleh lak panggil,...

  'Encik,ada lagi 56 orang kat depan encik ya,saya nak bagitau jer'..Tersenyum....

                     CANCEL.......PUNKJUNKMAN........


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...